Panduan Memohon Visa ke China

482719
Tembok besar China

Rakyat Malaysia yang ingin ke China diwajibkan untuk mendapatkan visa sebelum masuk bercuti ke China. China yang dimaksudkan adalah Tanah Besar China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau. 

Berikut adalah panduan untuk anda yang berhasrat untuk memohon visa ke China secara DIY. Terdapat empat lokasi untuk anda memohon visa di Malaysia, iaitu di Kuala Lumpur, Penang, Kuching dan Kota Kinabalu.

Hong Kong dan Macau diklasifikasikan sebagai special administrative regions (SAR), rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke dua daerah ini. Untuk Hong Kong, anda boleh menetap sehingga 90 hari, manakala Macau, maksima 30 hari.

Panduan memohon visa ke China:

  1. Isi borang permohonan visa anda melalui pautan ini: Online Visa Application Form, kemudian cetak borang yang telah diisi. Maklumat yang telah diisi di laman web tersebut akan disimpan selama 30 hari sebelum dipadam dan anda boleh kemaskini maklumat tersebut jika ingin membuat sebarang pembetulan.
  2. Bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
    • Passport, sekurang-kurangnya sah untuk dipakai selama 6 bulan dan sekurang-kurangnya dua mukasurat kosong.
    • 2 gambar bersaiz khas untuk visa China dengan latar belakang putih. Kebiasaannya kedai gambar tahu ukuran gambar untuk visa China.
    • 1 fotokopi mukasurat passport yang memaparkan maklumat anda.
    • Flight itinerary / tiket.
    • Salinan tempahan hotel/penginapan anda di China.
  3. Baca kesemua dokumen tersebut ke Chinese Visa Application Service yang terletak di Hampshire Place Office bertentangan dengan Megan Avenue. Jika anda menggunakan pengangkutan LRT, boleh turun di stesyen Ampang Park dan berjalanan kaki menuju Bank Of China, jalan terus sehingga anda nampak bangunan seperti di bawah.
ChinaVisa001
Bangunan terletaknya Chinese Visa Application Service Centre di Kuala Lumpur
ChinaVisa002
Jarak dari Stesyen LRT Ampang Park ke Chinese Visa Application Service Centre hanya 600 meter atau 10 minit berjalan kaki.

Sebaik sahaja tiba di lobby Hampshire Place Office, terus ke tingkat 5 dan beratur di hadapan kaunter untuk mengambil nombor. Receptionist akan menyemak dokumen anda dan akan memberikan anda nombor giliran.

Untuk urusan membuat visa China, anda boleh menghantar wakil jika tiada masa terluang untuk datang ke Visa Application Centre, atau gunakan saja khidmat travel agent berdekatan anda!

Dinasihatkan untuk datang seawal yang boleh kerana proses menunggu memakan masa yang agak lama sekiranya anda datang lewat!

Tiba giliran anda, serahkan segala dokumen yang telah anda sediakan, dan anda akan diberi collection receipt yang memaparkan tarikh untuk anda ambil semula passport dan visa yang telah siap.

Ada 3 jenis visa yang boleh anda mohon, iaitu Regular, Express dan Rush. Harga berbeza berdasarkan durasi yang anda pilih. Berikut merupakan senarai harga visa untuk pelancong Malaysia ke China:

ChinaVisa003
Senarai harga visa untuk ke China.

Untuk document submission boleh dibuat di tingkat 5, bila visa anda telah siap, passport collection boleh dibuat di tingkat 6. Bayaran boleh dilakukan selepas visa anda siap menggunakan wang tunai atau kad debit/kredit.

Visa Office in Kuala Lumpur

Address: Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Business hours: Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.
Payment and collection: 9:00 to 16:00.

Contact information
Call: 603 2176 0888
Fax: 603 2161 2234
E-mail: klcentre@visaforchina.org

Visa Office in Penang

Address: Ground Floor,17 Lebuh Bishop,10200 Georgetown,Pulau Pinang
Business Hours: Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.
Payment and collection: 9:00 to 16:00.
Contact information
Call:  603 2176 0888
Fax:  604 2519 785
E-mail: penangcentre@visaforchina.org

Visa Office in Kuching

Address: 2nd Floor,Wisma Naim 21/2 Mile, Rock Road, 93200 Kuching, Sarawark, Malaysia
Business hours: Monday – Friday (except holidays)
Visa application: 9:00 – 15:00(urgent application 10:00)
Payment and collection: 9:00 – 16:00
Contact information
Tel: 082-259885
Fax: 082-256885
E-mail: kuchingcenter@visaforchina.org

Visa Office in Kota Kinabalu

Consulate General of the People’s Republic of China in Kota Kinabalu
Address:  Lot 10, No 3, VIP Lot, Lorong Pokok Palma Rajah, Jalan Lintas, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Office HourMon-Fri:09:30-11:30 (except local and Chinese public holidays)
Phone088-385481  Fax088-385471  
Emailchinese.consulate.kk@gmail.com

Sumber: China Visa Application Service Centre

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s