5 Teknik Mengesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Hotel

Berhati-hati bila memilih penginapan sewaktu anda travel. Sedang anda sakan bercuti, ada mata-mata yang memerhati dalam bilik anda yang anda inap. Tanpa anda sedari, video kunyit, cengkih, halia, lengkuas dan bunga lawang sudah tular di media sosial!

Berikut kami senaraikan 5 teknik mengenal pasti kamera tersembunyi sebaik sahaja anda melangkah masuk ke hotel atau penginapan yang telah anda tempah. Anda boleh gunakan teknik ini terutamanya bila anda menginap di hotel bajet dan inap desa (homestay). Lepas ni boleh berjaga-jaga, jangan sampai terkena!

Teknik 1: Menggunakan mata kasar

Walaupun dengan teknologi zaman sekarang yang boleh mencipta kamera sebesar diameter sebatang pen, dengan menggunakan mata kasar sekalipun anda boleh mencari kamera yang disembunyikan. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan perhatikan barangan yang mencurigakan seperti berikut:

  • Penggera asap
  • Di sebalik susunan buku dan majalah, bawah meja makan dan juga rak TV.
  • Pekakasan elektrik dan elektronik seperti jam dinding, TV, mentol lampu, penapis air, penyangkut baju, pewangi automatik dan sebagainya
  • Bahagian dalam penapis udara dan penghawa dingin
  • Barangan perhiasan seperti pasu, pokok bunga, potret atau gambar di dinding
  • Periksa juga lubang-lubang yang terdapat di dinding jika ada

Perhatikan objek yang berwayar atau berlampu yang mempunyai ciri-ciri seakan kamera tersembunyi. Jika anda nampak adapter atau suis yang mencurigakan, cabut wayar atau tutup suis dengan segera.

Penyangkut baju, jam, pengecas USB, flash disk dan mentol lampu adalah antara gajet-gajet yang dipasangkan dengan kamera tersembunyi di dalamnya dan mudah dibeli di atas talian. Berhati-hati bila anda ternampak barangan ini semasa menginap di hotel/homestay! Seram!

Teknik 2: Bunyi memainkan peranan

Dengar dengan teliti sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam bilik. Sesetengah kamera menghasikan bunyi seperti ‘buzz‘ yang perlahan dan merakam objek yang bergerak di sekitarnya.

Teknik 3: Gunakan kamera telefon pintar

Sangat mudah untuk menggunakan teknik ini dan masih ramai yang tak tahu. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Tutup semua lampu dan pastikan bilik anda gelap.
  2. Buka kamera telefon pintar anda dan halakan kepada tempat-tempat yang anda curiga dan lihat skrin telefon.
  3. Jika anda nampak sebarang lampu berkelip melalui skrin telefon anda, berkemungkinan ia adalah sinaran infra merah daripada kamera yang disembunyikan.
  4. Kebanyakan kamera tersembunyi dilengkapi dengan sinaran infra merah yang bertujuan untuk merakam dan melihat dalam gelap.
Sinaran infra merah tidak boleh dilihat dengan mata kasar, ianya boleh dilakukan dengan hanya menggunakan kamera telefon pintar. Buka aplikasi kamera di telefon anda dan halakan alat kawalan jauh kepada kamera. Tekan mana-mana butang pada alat kawalan tersebut, sekiranya anda nampak ada cahaya melalui kamera telefon anda, bermakna kamera anda berfungsi dengan baik!

Teknik 4: Gunakan lampu suluh

  1. Sama seperti teknik yang ke-3, padamkan semua lampu dan gelapkan bilik
  2. Nyalakan lampu suluh dari telefon pintar anda dan suluhkan cahaya tersebut di tempat yang berpotensi untuk menyembunyikan kamera.
  3. Jika anda nampak sebarang pantulan cahaya dari mana-mana objek, berkemungkinan ada kamera tersembunyi di dalamnya. Lensa kamera biasanya diperbuat daripada kaca yang memantulkan cahaya.

Teknik 5: Menyentuh cermin dengan jari

  1. Sentuh cermin dengan jari dan perhatikan jarak di antara jari anda dengan cermin.
  2. Jika terdapat jarak diantara jari dan pantulan pada cermin, bermakna ia adalah cermin yang betul.
  3. Jika tiada jarak di antara jari anda dan pantulan pada cermin, bermakna ada sesuatu di belakang cermin tersebut dan yang mungkin kamera tersembunyi!

Semoga tips ini berguna untuk anda terutamanya bila bercuti di luar negara. Sentiasa berhati-hati dan baca review hotel atau penginapan yang anda inap sebelum menempah. Jangan lupa share tips ini kepada rakan-rakan yang lain!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s