14 Tips Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Memburu Tiket Penerbangan Sempena Promosi AirAsia Free Seats!

Sempena promosi tiket penerbangan AirAsia Free Seats, kami nak kongsikan tips bagi memudahkan anda memburu tiket penerbangan yang akan berlangsung tak lama lagi!

  1. “Cakap free seats, tapi kena bayar juga. Tipu eh?” – Ya memang free. Kerusi free. Tapi airport tax, makanan dan bagasi daftar masuk anda masih kena bayar. Walau bagaimanapun, harganya tetap murah dan berbaloi-baloi kalau berjaya sambar.
  2. Ahli AirAsia BIG boleh merebut tiket promosi sehari lebih awal – Ini adalah kelebihan jika anda mendaftar sebagai ahli AirAsia BIG. Setiap kali promosi AirAsia Free Seats, AirAsia akan memberikan keutamaan kepada ahlinya dahulu untuk membeli tiket penerbangan sehari lebih awal daripada yang bukan ahli. Jika anda belum mendaftar, daftar sini.
  3. Top up kad BigPay seawal mungkin – Bayar guna kad BigPay untuk mengumpul lebih banyak nilai mata AirAsia BIG. Nilai mata terkumpul anda boleh tebus untuk membeli tiket penerbangan AirAsia secara percuma. Belum ada kad BigPay? – Ikut panduan ini untuk mendapatkan kad anda.
  4. Catat semua nama selengkapnya – Untuk tempahan tiket penerbangan AirAsia, hanya nama penuh dan tarikh lahir yang diperlukan. Tak perlu risau kalau belum ada passport. Paling lewat untuk membuat passport anda adalah dalam masa dua minggu sebelum tarikh penerbangan anda.
  5. Sediakan 3 pilihan tarikh dan destinasi – Tiket promosi AirAsia Free Seats adalah terhad, siapa cepat dia dapat. Jika tarikh yang anda mahukan tiada harga promosi, cari tarikh lain, atau mungkin destinasi yang anda mahu, tidak tersenarai dalam promosi tersebut, bermakna anda perlu cari alternatif destinasi lain. Lebih fleksibel, lebih bagus.
  6. Elakkan memburu tiket promosi pada waktu puncak – Waktu puncak kebiasaannya adalah pada pukul (8 pagi-10 pagi / 12 tengahari-2 petang / 8 malam-11 malam) – Kebarangkalian untuk anda masuk ke dalam ‘Waiting Room‘ adalah tinggi pada waktu ini kerana trafik yang masuk terlalu banyak. Sebaiknya, buru tiket anda di waktu lengang, 1pagi – 6 pagi contohnya.
  7. Gunakan platform yang berlainan – Ada dua cara untuk memburu tiket promo AirAsia, iaitu menggunakan desktop website, dan kalau anda tidak berjaya masuk, gunakan aplikasi AirAsia untuk carian yang lebih pantas.
  8. Semak musim atau cuaca sebelum membeli – Kebanyakan promosi yang dipaparkan adalah pada musim off seasons, musim hujan, ribut, sejuk, panas. Tapi kalau anda bernasib baik dan jumpa tarikh anda mahukan, terus sambar tiket promo itu!
  9. Incognito Mode / Private BrowsingPernah tak bila dah jumpa tiket murah, kemudian bila cari kembali tarikh yang sama, harganya sudah naik? Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, sila gunakan Incognito Mode’ / Private Browsing bila anda melayari laman sesawang AirAsia menggunakan desktop browser.
  10. Elakkan memilih tarikh pada musim puncak – Peluang untuk anda mendapatkan tiket murah terutamanya musim cuti sekolah dan cuti umum seperti Hari Raya adalah tipis.
  11. Tiada harga promosi untuk bayi – Bayi (infant) di bawah umur 2 tahun pada tarikh penerbangan, biasanya tidak ada harga promo. Kalau bayi belum lahir, usah risau, jangan beli tiket infant dahulu, boleh add-on kemudian kerana harganya tidak berubah.
  12. Nama pada tiket mesti sama dengan nama pada passport – Anda dinasihatkan untuk memasukkan nama seperti apa yang tertera di passport bagi mengelakkan sebarang masalah di airport negara asing kemudian hari termasuklah Bin, Binti anda!
  13. Tempahan secara berkumpulan susah nak dapat harga promosi – Tiket promosi adalah terhad. Rombongan Cik Kiah tidak digalakkan. Selalunya tiket promosi adalah terhad kepada 1-7 tiket untuk tarikh tertentu. Agak susah untuk dapatkan harga promosi untuk jumlah penumpang yang ramai. 1-4 orang adalah ideal.
  14. VISA – Sebelum anda berhasrat untuk menyambar tiket promosi ke Australia, anda dinasihatkan untuk buat visa pelawat terlebih dahulu. Proses membuat ETA Visa Australia sangat mudah serendah RM20 sahaja. Boleh hubungi mana-mana ejen bertauliah, mereka akan bantu untuk dapatkan visa. Visa siap dalam masa 24jam-48jam.

Kami ucapkan selamat memburu tiket penerbangan ke destinasi impian anda. Semoga tips ini berguna untuk pemburuan anda. Ganbatte!

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s