AirAsia Tawar Promosi 5 Juta Tempat Duduk Serendah RM12 Sehala

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia kini kembali menawarkan kempen promosi besar-besaran dengan tawaran lebih 5 juta tempat duduk ke serata destinasi.

Nikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG bermula dari serendah RM12* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89* untuk penerbangan ke Lombok dan Nha Trang, RM139* ke Shantou dan Bhubaneswar, dan banyak lagi.

Terbang bersama AirAsia X dengan tambang serendah RM179* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chongqing, RM279* ke Osaka dan lain-lain. Untuk nikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, penumpang boleh memilih tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur dengan tambang RM699*, RM799* ke Jeju dan Taipei, RM899* ke Perth dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, tetamu boleh menikmati penerbangan percuma apabila mereka menempah pakej percutian penerbangan bersama hotel** di airasia.com. Tetamu yang ingin menempah hanya hotel atau aktiviti juga boleh memanfaatkan diskaun sehingga 50% untuk hotel terpilih dan sehingga 30% untuk pelbagai aktiviti bagi melengkapkan percutian mereka.

“Ini adalah masa terbaik untuk anda membuat tempahan bagi percutian seterusnya bersama AirAsia. Di samping 5 juta tambang promosi kami tawarkan, AirAsia juga akan mengecualikan semua yuran pemprosesan bagi tetamu yang memilih untuk membayar menggunakan BigClick*, transaksi pembayaran yang lebih mudah dan cepat.

Ketua Pegawai Komersial AirAsia Karen Chan

Tempahan boleh dibuat di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia dari 17 Jun 2019 (0001h GMT +8) sehingga 19 Jun 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan antara 1 November  2019 dan 8 September 2020.

Ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses keutamaan 24 jam dari 16 Jun 2019 (0001 GMT +8). Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati akses kepada tempat duduk pada harga terendah. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Tetamu yang ingin membuat pertukaran pada tempahan mereka atau membuat pesanan tambahan seperti pra-tempah hidangan Santan dan Pilih Tempat Duduk boleh berbuat demikian pada halaman Tempahan Saya yang serba baharu dengan hanya 3 langkah mudah – Tekan, Pilih & Bayar!

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter, Facebook dan Instagram

*Semua tambang termasuk cukai dan bayaran. Yuran pemprosesan sifar BigClick terpakai untuk tempahan dibuat antara 10-30 Jun 2019. Tertakluk kepada terma dan syarat di sini.

*Tempahan pakej Penerbangan+Hotel hendaklah dilakukan bersama untuk menikmati tempat duduk percuma. Tempat duduk percuma tersedia untuk perjalanan antara 1 November 2019 dan 30 April 2020. Semua harga pakej contoh tertera adalah untuk penginapan sepanjang tempoh dinyatakan. Semua cukai mesti dibayar pada masa pembelian kecuali dinyatakan sebaliknya. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk bagasi yang didaftar masuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s