Ulasan Aplikasi Cashzine – Membaca Pun Boleh Dapat Duit. Betul Ke?

Cashzine, sebuah aplikasi yang semakin mendapat sambutan terutamanya untuk mereka yang nak buat duit online tanpa perlu keluarkan sebarang modal.

CASHZINE NI APA? – Cashzine adalah nama baharu bagi Readward. Sebuah aplikasi yang bertujuan untuk memupuk minat membaca di kalangan pengguna aplikasi ini dalam masa yang menyediakan ganjaran tunai kepada pembaca.

NAK BACA APA DALAM CASHZINE? – Di dalam aplikasi Cashzine, ada beberapa kategori artikel iaitu kesihatan, makanan, gaya hidup, dunia dan hiburan. Kebanyakan artikel berkisar tentang isu-isu semasa, tempat-tempat menarik, tips kecantikan, tips kesihatan dan sebagainya.

Paparan muka depan aplikasi Cashzine dan contoh artikel.

LEPAS BACA TERUS DAPAT DUIT KE? – Tidak. Ganjaran akan diberi dalam bentuk coin. Coin yang terkumpul anda boleh tebus dengan wang ringgit. Setiap 1000 coin bersamaan dengan RM1.

BERAPA BANYAK COIN YANG AKAN SAYA DAPAT LEPAS BACA ARTIKEL?- Setiap artikel yang telah dibaca sehingga habis, anda akan diberi 5 coin.

BANYAKNNYA NAK KENA BACA! TAK ADA JALAN PINTAS KE? – Ada trick di sini. Ada orang tak baca pun, hanya tatal dari atas skrin hingga bawah pun boleh dapat coin.

Ini contoh coin yang anda dapat selepas membaca artikel.

MEMBACA JE KE BOLEH DAPAT COIN? – Ada 4 cara untuk ada dapat coin. Kami akan susun dari yang paling sedikit hingga paling banyak.

  1. Baca artikel – dapat 5 coin
  2. Kongsi artikel – 20-30 coin. Dengan syarat, anda kena share aritkel tersebut dan rakan and baca/tatal artikel tersebut sampai habis, barulah coin akan diberi.
  3. Ajak rakan jadi ahli Cashzine – Ada 3 bonus.
    • Bonus pertama 500 coin bila pertama kali daftar menggunakan kod referral anda. Rakan anda akan dapat 800 coin. Bonus kedua anda akan dapat sebanyak 800 coin sebaik sahaja rakan anda berjayamengumpul 200 coin dalam masa 3 hari pertama selepas mendaftar. Rakan anda akan mendapat Bonus ketiga anda akan dapat sebanyak 1200 coin sebaik sahaja rakan anda berjaya mengumpul 500 coin dalam masa 10 hari pertama.
  4. Komisyen bonus (Infiniti)– Ini adalah bahagian yang paling menarik. Rakan anda yang telah mendaftar menggunakan kod referal anda akan dipanggil sebagai downline. Macam MLM kan?. Setiap hari, apabila downlines anda mengumpul coin, anda akan dapat 15% berdasarkan jumlah keseluruhan coin terkumpul rakan anda setiap hari. Selagi beliau menggunakan aplikasi Cashzine dan mengumpul coin, anda juga akan dapat ganjarannya. Ia seperti mencipta pendapatan. Dan tiada had limit dan anda boleh ajak seberapa ramai pun yang anda mahu.
Contoh coin yang anda akan dapat sebaik sahaja anda rakan anda selesai membaca melalui pautan yang anda beri.
Contoh coin yang anda akan dapat bila anda ajak rakan anda sertai Cashzine menggunakan kod/pautan referal anda. Kalau belum daftar, boleh daftar di sini dan dapat 800 coin percuma
Ganjaran coin yang akan anda dapat setiap hari sebanyak 15% berdasarkan jumlah coin terkumpul downlines anda.

TAK PAYAH BAYAR APA-APA KE? – Tak perlu. Zero cost. Apa yang perlu anda buat, hanyalah daftar, baca artikel dan kongsi artikel sahaja. Cashzine menjana pendapatan mereka melalui iklan-iklan yang tertera di aplikasi dan artikel mereka. Jadi mereka berkongsi keuntungan dengan anda.

Aplikasi ini sangat sesuai untuk anda yang nak buat pendapatan sampingan. Kalau setakat nak dapat RM100-200 sebulan, itu adalah realistik dan boleh dicapai. Tapi kalau anda rajin berkongsi artikel dan ajak rakan-rakan daftar Cashzine, ia menjadi satu kelebihan kepada anda.

Selepas hampir seminggu menggunakan Cashzine, inilah jumlah coin yang berjaya kami kumpul. RM1 telah berjaya masuk ke dalam akaun bank. Baki lagi RM1000 dalam proses pemindahan yang mengambil masa 3 hari bekerja.

Memang penat nak kumpul coin kalau setakat nak baca dan tatal dari atas hingga ke bawah artikel. Tapi dengan menggunakan 3 teknik yang lain, anda boleh kumpul coin dengan lebih cepat. Baca, kongsi dan ajak rakan-rakan menyertai Cashzine. Tak ada cara mudah nak dapat duit percuma. Semuanya dengan usaha betul tak?

Usaha masing-masing yang membezakan hasil yang akan anda terima. Tak perlu modal, tak perlu jual produk, tak perlu cari pelanggan, hanya baca dan kongsi. Daftar sekarang dah mulakan kumpul coin anda.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s