10 Undang-Undang Pelik Korea Utara

Posted by

Kalau sebut sahaja Korea Utara, satu-satunya sosok yang akan terlintas dalam fikiran semestinya Presiden negara tersebut iaitu Kim Jong Un.

Korea Utara terletak di bahagian utara Semenanjung Korea dan ibu negaranya ialah Pyongyang. Kehidupan di sana tidak mudah dilihat dan secara tak langsung menjadikan negara tersebut misteri dari dunia luar. Jom kami kongsikan 10 Undang-Undang Pelik Korea Utara.

  1. Gaya rambut

Terdapat hanya 28 jenis gaya rambut yang boleh dibuat dan dilarang mengikut gaya rambut Kim Jong Un. Bagi wanita yang sudah berkahwin, rambut mestilah paras leher dan yang belum berkahwin dibenarkan berambut panjang.

28 jenis gaya rambut yang dibenarkan di Korea Utara

2. Pyeongyang hanya untuk orang atasan

Rakyat biasa tidak boleh tinggal di Ibu Kota Pyongyang. Umpamanya jika anda orang Perak, Melaka dan sebagainya, anda tidak boleh berpindah ke Kuala Lumpur. Orang yang dibenarkan tinggal di Pyongyang hanyalah orang-orang atasan, khususnya yang berjawatan tinggi dalam negara.

3. Pilihanraya adalah wajib, namun calonnya cuma satu

Dikenali sebagai World’s Most Useless Election, semua rakyat di Korea Utara adalah diwajibkan untuk mengundi hanya seorang sahaja calon iaitu antara adik beradik Kim Jong Un. Tiada pilihan lain selain hanya keluarga itu. Kadar peratusan keluar mengundi yang dicatatkan pula adalah lebih kurang 99.97%. Bahaya kalau tidak keluar mengundi, boleh dikenakan tindakan dan dipenjara.

4. Negara Ateis

Korea Utara mengawal dengan ketat agama rakyatnya, dan kebanyakannya tidak mengamalkan apa-apa ajaran agama. Jikalau rakyatnya ada buku Bible ataupun buku agama lain, mereka boleh dihukum mati. Ada antara mereka yang menyifatkan pemimpin sebagai Tuhan sehinggakan ada juga yang percaya bahawa pemimpin mereka tidak pernah membuang air besar.

5. Undang-undang TV dikawal

Rakyat Korea Utara hanya dapat melihat siaran dari dalam negara sahaja dan tiada siaran luar dari negara lain. Apa yang dilihat hanya lah propaganda, dan kebanyakan berita cuma mengagungkan supreme leader iaitu Kim Jong Un. Pihak atasan sentiasa brainwash rakyatnya sehinggakan rakyat menganggap negara mereka adalah negara yang terhebat dan terkuat di dunia.

Namun begitu, semua ini tidak menghalang wakil Korea Utara untuk menyertai event di luar negara seperti acara sukan dan sebagainya. Tetapi setibanya pulang, mereka akan memberi berita kepada rakyat di TV bahawa mereka juara pingat emas sedangkan tidak memenangi pingat emas atau tidak menang langsung.

6. Dilarang membuat panggilan antarabangsa

Rakyat tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa yang berada di luar negara. Jika ingkar, boleh dikenakan tindakan yang lebih kejam.

7. Keluarga anda akan dihukum jika seseorang dalam keluarga anda melakukan kesalahan jenayah

Salah satu cara kerajaan untuk mengawal rakyatnya dari membuat kesalahan jenayah adalah dengan menghukum ibu bapa jika anaknya melakukan kesalahan.

8. Tidak dibenarkan memandu

Rakyat biasa tidak dibenarkan memandu kereta. Disebabkan itulah jalan di Korea Utara jarang-jarang sekali mengalami kesesakan.

Anda hanya dibenarkan memandu di Korea utara jika anda askar, bekerja kerjaan ataupun memegang jawatan tinggi

9. Dilarang memberi pendapat

Pendapat adalah satu bentuk jenayah di Korea Utara. Rakyat tidak dibenarkan untuk memberi apa-apa pendapat tentang hal negara. Boleh dipenjara tau!

10. Dilarang Keluar Negara

Rakyat yang menjadi atlet untuk bertanding di negara lain dibolehkan untuk keluar negara. Jika tidak, lupakan sahaja impian untuk travel. Anda boleh lihat di Youtube betapa kosongnya lapangan terbang di Korea Utara. Mereka juga tidak menggalakkan pelancong datang dan jika ada, harus ditemani tour guide kerajaan.

Wah, pelik sungguh peraturan ya? Di dalam dunia yang semuanya hanya di hujung jari, cuba bayangkan hidup tanpa akses internet dan kalau ada, maklumat antarabangsa disekat?

Korea Utara juga dikenali sebagai salah satu negara nuklear yang ditakuti dunia, jadi tidak hairanlah rakyatnya ibarat lembu dicucuk hidung. Mereka rela menurut semua kemahuan daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Namun begitu, ada juga yang lari dari Korea Utara dan menceritakan kisah melalui penulisan buku untuk dijadikan inspirasi.

“I am most grateful for two things: that I was born in North Korea, and that I escaped from North Korea.”

Kredit : Youtube @marjans tv, Twitter @fadryyy_

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s