Catatan Pengembaraan Solo ke Eropah Tengah & Balkan

6
301

Artikel ini telah dikongsikan oleh saudari Hadijah Zain yang telah mengembara secara solo ke sana selama 19 hari bermula 8 November hingga 26 November 2019 yang lalu.

 

13 NEGARA (GERMANY, REPUBLIC CZECH, AUSTRIA, SLOVAKIA, HUNGARY, CROATIA, BOSNIA, MONTENEGRO, ALBANIA, KOSOVO, MOCEDONIA, BULGARIA DAN GREECE) DENGAN KOS KURANG DARI RM5000 (termasuk makan dan perbelanjaaan lain)

Syukur alhamdulillah saya telah berjaya mancapai impian saya menjejakkan kaki ke Negara Balkan Dan Central Europe secara solo selama 19 hari. Bagi memanfaatkan cuti yang ada saya telah membuat keputusan untuk pergi ke 13 Negara.

Mungkin ada yang berpendapat ianya memenatkan dan terlalu singkat, saya hormati pendapat tersebut. Namun bagi saya setiap orang punya alasan dan keinginaan mereka sendiri. Ini adalah pengalaman pertama saya ke Europe, saya bersyukur sepanjang trip saya tidak berdepan dengan masalah komunikasi atau insiden yang buruk, semuanya lancar dan dipermudahkan .

Kos perbelanjaaan lengkap dan itinerary seperti dibawah, mudahan memberi inspirasi dan marfaat kepada semua.

PENGANGKUTAN ANTARABANGSA

  • Singapore-Berlin – 209SGD/RM627 (Flyscoots Airlines)
  • Berlin-Prague – 15€/RM69 (Bus Regiojet)
  • Prague-Salzburg – 17€/RM77 (Bus Regio jet)
  • Salzburg-Bratislava – 26€/RM120 (Flix bus)
  • Bratislava-Budapest – 8€/RM37 (OmioBus)
  • Budapest-Zagreb – 17€/RM78 (Flixbus)
  • Zagreb-Sarajevo – 24€ /RM110 (Croatiabus)
  • Sarajevo-Mostar – 5€/RM 24 (Croatiabus)
  • Mostar-Dubrovnik – 15€/RM70 (Croatia bus)
  • Dubrovnik-Kotor – 20€/RM92 (globtourbus)
  • Kotor-Shkoder – 15€/RM69(OldTown travel bus
  • Prizren-Skopje – 10€/RM47(Vector bus)
  • Skopje-Sofia – 118HRK/RM75(Mekenojica)
  • Sofia – Athen – 28.40€ /RM130 (Aegean Airline)
  • Athen-Singapore- 188€/RM865 (Flyscoots Airlines)

JUMLAH : RM 2490

Nota :

Kesemua tiket bas saya telah beli awal secara online melalui website Getbybus dan Flixbus kecuali tiket bas Prizren ke skopje saya beli di kaunter kerana tiket hanya boleh dibeli di kaunter.

Sila kenal pasti stesen bas anda, saya dapati Prague, Salzburg dan Shkoder tidak mempunyai bangunan stesen bas, ianya hanya di tepi jalan dan dilot parking.

PENGANGKUTAN DALAM BANDAR

  • Berlin – Day pass – 7€/RM32
  • Prague – Day pass – 4€/RM18
  • Salzburg – Single ticket x 2 trip – 4€ /RM18
  • Hallstatt – Bus Salzburg to Bad iscl 22€ (pergi balik) \ kereta api Bad iscl ke Hallstatt 10€ (pergi balik) \ Ferri ke hallstatt Village – 6€ (pergi balik) Jumlah RM 175
  • Bratislava – Single ticket X 2 trip – 3€/RM14
  • Budapest – Day pass 660huf \ tiket bas ke Buda Castle – 450huf / RM15
  • Zagreb – Daypass 30kuna \ tiket bas ke Plavice Lake – 127kuna Jumlah RM98
  • Sarajevo – (Stesen bas-Basalica-Stesen bas) – 320KM/RM8
  • Mostar – Walk
  • Dubrovnik – (Stesen bas-Old Town-Stesen bas) – 22kuna /RM14
  • Kotor – Tiket bas (Kotor-Perast-Kotor) – 4€/RM19
  • Shkoder- Hotel – Jeti – Tiket feri (Komani Lake) – 10€/RM46
  • Prizren – 30€ taxi from Fierza to Gjakova \ 2.5€ bus Gjakova to Prizren – RM150
  • Skopje – Walk
  • Sofia – Metro from bus station – Hostel-Airport – 3.20BGN /RM7.20
  • Athen – metro Airport-Hostel 10€ \ Day pass 4.20€ \ Bus To Airport 6€ Jumlah 20.20€/RM93 (Tiket Metro ke Athen) Airport 10€ sehala. Jika ingin mengurangkan kos, boleh menaiki BUS NOX95 dengan tambang 6€
  • Airport bus stop bertempat di Syghma Center (Berhadapan dgn Euro Bank) bus setiap 15 minit, tempoh perjalanan ke Airport 1jam, bergantung kepada trafik.) JUMLAH : RM706.20

Nota :

Pastikan tiket Di Simpan dengan baik, pemeriksaan secara Rambang akan Di lakukan oleh pihak penguakuasa, Di Budapest sy terpaksa bayar saman sebanyak 25€ kerana tidak mempunyai pass semasa pemeriksaan dijalankan (Tiket hilang)

PENGINAPAN

  • Prague – Little Quaters Hostel (2night) 26€/RM12
  • Salzburg-A&o Salzburg Hautpbahnhof (1 night) 16€/RM74
  • Budapest – Flow Hostel (2night) 23€/RM106
  • Zagreb-Main Square Hostel – (1night) 14€/RM65
  • Mostar – Hostel Mirror -(2night) 20€/RM92
  • Kotor – Hostel Pupa (2night) 20€/RM92
  • Shkoder – Hotel Floga (1night) 15€/RM69
  • Prizren – M99 Hostel(1night) 10€/RM46
  • Skopje – Skopje Hostel (1night) 10€/RM46
  • Sofia – Ivory Tower Hostel (1night) 22BGN/RM46
  • Athen – Bed Station Hostel (2night) 32€ /RM147 JUMLAH : RM905

Nota :

Kategori penginapan yang saya pilih adalah berhampiran dengan stesen metro, stesen bas, berhampiran dengan tempat tarikan dan mempunyai dapur untuk memasak.

TEMPAT PENYIMPANAN BAG

  • Berlin – Stesen bas (24jam) 4€ /RM18
  • Salzburg – Hostel (12jam) 4€ /RM18
  • Bratislava – Stesen bas – PERCUMA
  • Sarajevo – Stesen bas (5jam) 6KM/RM14
  • Dubrovnik-stesen bas ( 5jam) 20Kuna/RM13 JUMLAH : RM63

BAYARAN TIKET MASUK

  • Budapest – BUDA CASTLE(Fanicular) – 2000huf/RM28 (Boleh juga menaiki Bus No16, bas tersebut akan terus ke buda Castle, Jika sudah mempunyai day pass, tiada bayaran tambahan diperlukan)
  • Zagreb – PLAVICE LAKE – 60kuna /RM37
  • Mostar – Tour pakej (Poceltj, Karavice Water fall, Blagaj) 30€/RM140
  • Kotor – KOTOR FORTRESS – 8€ (tapi saya bertuah dapat naik ke fortress secara percuma kerana pada musim sejuk kaunter tiket ditutup)
  • Athen – ACROPOLIS – 10€ /RM46 (ini adalah harga pormosi pada musim sejuk, harga biasa adalah 20€) JUMLAH:RM251

LAIN-LAIN

  • Zagreb – 10Kuna/RM6 (Bayaran penyimpanan bag di dalam bas )
  • Sarajevo – 2km(bayaran platrom) 1€ caj penyimpanan bag didalam bas)/RM9
  • Mostar – 1€/RM4.6 (caj penyimpanan bag didalam bas)
  • Kotor – 4€ /RM18 (caj platform dan penyimpanan bag didalam bas)
  • Skopje – 50 Denar/RM4 (Caj platform) JUMLAH :RM42

JUMLAH KOS KESELURUHAN : RM 4457.20 +- (kos tersebut tidak termasuk kos perbelajaaan yang lain seperti makan, bagasi dan shopping)

INFO

  • Anggaran kos makanan disetiap negara adalah 10€ ke atas
  • harga fridge magnet 1€-5€ di Bosnia\boleh beli fridge magnet di Blagaj dengan harga 0.50€ berbanding 1€ di oldTown
  • negara yang tidak terima EURO (perlu tukar wang)
  • Bosnia, Croatia, Hungary, Mecedonia selain dari ini boleh mengunakan wang EURO
  • antara tempat yang tidak mempunyai stesen bas khas, Prague, Salzburg dan Skhoder (sila kenal pasti lokasi stesen bas anda), semasa saya di Salzburg saya ambil bus malam ke Bratislava kawasan menunggu bus sangat sunyi dan agak menakutkan.

Memandangkan saya travel solo, gambar saya ambil menggunakan tripot beserta shutter remote, dan adakala sama meminta bantuan dari orang sekeliling. Saya tidak membeli simcard, hanya mengunakan free WiFi. Saya juga mengunakan Offline Maps, iaitu MapsMe.

ITINERARY & TEMPAT-TEMPAT YANG DITUJU

BERLIN
-Brandenburg Gate
-Reichtag
-Memorial murder of the Jews
PRAGUE
– Old Town Square
-Astronomc vbvnbm,nical clock.
-dancing house
-Prague Castle
SALZBURG
-Hallstatt
-Love Change Bridge
-Festung Hohensalzburg
-Mozardplatz
BRATISLAVA
-Morning Market
-Most SNP
-Old Town Hall
– Micheal Gate
-The Blue Church
-Man of Work
-Michael Gate
BUDAPEST
– Szechenyi Chain Bridge
-Buda Castle
-Fisherman’s Bustion
-St Stephen Basilica
-Hungarian Parliament Building
-Matthias Church
-Central Market Hall
ZAGREB
-PLavice Lake
– St Mark Church
-Ban Josib Jelacic Square
SARAJEVO
-Bascarsija
-Gazi Husrev -Beg Mosque
-Latin Bridge
-Sebilj in Sarajevo
MOSTAR
-Stari Most
-Plocitelj
-Kravice Waterfall
-Blagaj tekija
DUBROVNIK
-Old Town
-King of landing
KOTOR
-Perast
-Kotor fortress
SHKODER
-Ebu Beker mosque
-Komani Lake
PRIZREN
-Sinan Pasha Mosque
-Old Town
SKOPJE
-Macedonia Square
-Old Bazaar
SOFIA
-Alexander Nevsky Cathedral
-Sofia historic museum
-Banya Bashi Mosque
-Central Sofia Market Hall
-Russian Church
ATHENS
-Acropolis
-Flea Market

 

 

Acropolis Athen Greece

untuk mengelakkan dari gambar anda cacat dengan lautan manusia, waktu terbaik ke Acropolis adalah awal pagi atau pada jam 2 petang

(gambar diambil mengunakan tripod)

Alexander Nevsky Cathedral Sofia Bulgaria

datang awal pagi, waktu terbaik jam 9pagi atau petang

(gambar diambil mengunakan tripod)

Hallstatt Austria

Gambar diambil atas bantuan seorang pengunjung disitu. My target biasanya solo traveller, lepas minta dia ambilkan gambar saya, saya akan offer untuk ambil gambar dia pula. Low season tak ramai orang jadi boleh datang anytime.

Blagaj Tekija Bosnia

gambar diambil oleh pengunjung yang datang disitu

Plavice Lake Zagreb Croatia

(gambar diambil menggunakan tripod) Di Plavice Lake kebanyakkan masa akan bersendirian jarang jumpa orang lalu lalang.

waktu terbaik ke sini awal pagi dan keluar dari kawasan ini sebelum jam 4ptg kerana pukul4 suasana sudah gelap seperti jam 8malam waktu Malaysia.

Buda Castle Budapest Hungary

Gambar ini diambil atas bantuan pelancong dari Indonesia. Saya bertuah kerana kebetulan dia seorang yang suka ambil gambar, semua gambar saya di Budapest beliau yang ambilkan.

Kotor Fortness Kotor Montenegro

(gambar ini diambil oleh pengunjung yang berada disitu)

King of Landing Dubrovnik Croatia

(gambar diambil menggunakan tripod)

Komani Lake Shkoder Albania

(gambar ini diambil oleh pekerja feri)

Blue Church Bratislava, Slovakia

(gambar diambil menggunakan tripod)

Astronomical Clock Prague, Czech Republic

Gambar diambil oleh solo traveller dari Mexico, kalau nak dapat gambar yang cantik jangan malu minta bantuan orang dan silalah posing tanpa rasa bersalah.. 🤣

Brandenburg Gate Berlin, Germany

(gambar diambil oleh orang yang berada disit)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan idea untuk anda travel ke Eropah Tengah & Balkan nanti. Terima kasih kepada saudari Hadijah Zain atas perkongsian ini!

 

6 COMMENTS

  1. Assalamualaikum.. Wow.. Mmang hebat dan berani. Tq for sharing. At least bileh buat rujukan utk travel nanti… Semoga terus success

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here