Pengalaman Menaiki Kapal Persiaran SuperStar Germini Selama 4 Hari 3 Malam Dengan Bajet RM1300 Seorang

1
338

Nota Editor: Perkongsian dari saudari Fatihah Kamarudin dalam sebuah grup kembara di Facebook. Jom baca perkongsian menarik tentang pengalaman beliau berlayar dengan Star Cruise Germini selama 4 hari 3 malam.

Hai, first time nak post dalam group ni plus I’m not a good writer LOL. So last April 2019 ada naik cruise. Daripada jadi silent reader, nak juga lah cuba kongsi sikit pengalaman naik cruise dekat sini. Simple je.

Star Cruise Gemini Trip 4D3N : Port Klang – Phuket – Langkawi – Port Klang

RM1,300 seorangPandai cari semasa promosi, boleh dapat pakej yang lebih murah. Boleh beli melalui agensi pelancongan, wakil jualan atau laman rasmi StarCruise.

PAKEJ TERMASUK

1. Bilik porthole sea view. Nak bilik yang ada balcony, tingkap besar-besar ambil lah pakej yang lagi mahal okay. Bezanya harga pakej sebab bilik je. Yang lain semua sama. Ini antara jenis bilik yang ada di dalam SuperStar Germini.

Jenis-jenis bilik yang ada di dalam SuperStar Germini.

2. Semua utilities, shows (puppet show, talent show, circus), wayang, activities, semua boleh join. In fact kalau join sometime boleh dapat hadiah duit, discount spa dan sebagainya.

3. Makan 5 kali sehari (part paling best 😬) Boleh pilih 3 restoran (jumlah 5 restoran boleh pilih tapi 3 sahaja yang pork free and Genting Group Cruise disahkan halal ) mana nak masuk every meal time.

  • Mariner restaurant buffet asian foodSiapa perut melayu digalakkan masuk sini
  • Bella vista western foodYang ni bukan buffet. So bila pergi dia bagi meja tunggu la makanan sampai. Dari appetiser to dessert
  • Ocean restaurant western and grill Yang ni best bila malam. Makan outdoor sambil ditiup lembut angin laut.

Ada banyak lain-lain restaurant cuma yang lain-lain tu bayar sendiri.

Phuket pit stop

Kapal berhenti 8 jam di Phuket. Boleh turun jalan-jalan. Kapal ke jeti Phuket akan naik feri, yang ni free je. Tapi kena ambil masa pukul berapa turun dekat reception. Kalau nak ambil tour guide dari kapal ada caj tambahan sebanyak 1300 Baht seorang.

Tapi bagi yang nak jimat, tak payah pun ambil pakej, boleh naik tuktuk sahaja. Tak pun kalau nak ada tour guide juga, ambil waktu turun dari kapal. Ramai yang sediakan khidmat tour guide dengan harga yang murah.

Langkawi pit stop

Kapal berhenti selama 5 jam. Nak ambil tour guide dalam kapal pun ada tapi macam biasa harganya lebih mahal. Teksi dekat bawah RM100. Kalau setakat nak pergi beli coklat sahaja, lebih baik naik Grab.

Untuk setiap pit stop tak nak turun pun tak apa. Duduk sahaja dalam kapal. Sebab dalam kapal memang akan ada pelbagai aktiviti.

Dalam kapal tak guna duit, kapal akan bagi access card. Satu access card digunakan untuk pintu bilik, untuk masuk restoran, untuk beli belah atas kapal. Jadi hari terakhir, kena pergi reception untuk selesaikan bil sebelum check out dari kapal. Access card dikirakan sebagai passport atas kapal.

Dalam kapal ada Wifi tapi kena bayar. Jadi terpulanglah nak beli atau tidak. Kalau ikutkan kepada bajet yang jimat, tak perlulah ambil. Sebab pertama, mesti akan sibuk dengan telefon sahaja sampaikan tak dapat nak menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Kedua, sampai sahaja di Phuket korang pergi jela restoran berdekatan dan minta password wifi mereka. Ketiga, dah sampai Langkawi, bermakna dah ada sambungan internet semula. Jadi sangat rugi ambil wifi dalam kapal.

Mana nak cari pakej?

Korang boleh pergi website Star Cruise sendiri, Matta Fair (tapi ramai kata ambil dekat Matta Fair mahal) atau melalui ejen.

Naik kapal bukan mcm pergi bercuti naik kapal terbang. Cruise sangat berbeza dengan naik kapal terbang. So i suggest for you guys untuk naik sekali seumur hidup. Kalau lagi mampu, naiklah kapal yang lagi mahal okay, lepas tu ceritalah pula pengalaman korang.

From my own opinion and experience, naik kapal seronok sebab boleh relax dan tenang je. Tak rasa nak kena terkejar sana sini. Lagi-lagi bila takde phone connection, lagi tenang. Tak serabut.

Nota tambahan: For those yang mabuk laut like me, bawak lah ubat-ubatan ye. Terasa goyang bila kapal nak jalan 

Ini antara kemudahan lain yang ada dalam kapal persiaran SuperStar Germini yang boleh digunakan sepanjang pelayaran. Sumber diambil di laman rasmi StarCruise.

Kredit: Fatihah Kamarudin

1 COMMENT

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here