Dengan Bajet RM2000, Gadis Ini Kongsi Itineri Jelajah Jepun Selama 9 Hari

1
1709

TOTAL “HANGUS” OSAKA, NARA, KYOTO, KOBE & USJ BAWAH RM2K SELAMA 9 HARI ‼️

*Ini adalah ground budget sahaja, TIDAK TERMASUK flight ticket dari Malaysia.

Assalamualaikum & hello. It’s time to explore Osaka, Kobe, Nara & Kyoto! This is the ultimate itinerary to cover Osaka’s and most popular places in just 9 days, so let’s get started!

Hasil research baca drpd group Road To Japan & buku RTJ Abg jack alhamdulilllah survived for 9 days in Osaka without any tour guide! Selamat membaca!

FULL ITINERARY

DAY 1 (2 DEC 2019)

SDK ▶️ KUL
KUL ▶️ HANOI
(transit)
HANOI ▶️ KANSAI (esoknya baru sampai)

Habis masa sehari perjalanan utk smpai ke destinasi

DAY 2 (3 DEC 2019)

Sampai sahaja Kansai Airport, terus bersihkan diri dekat airport dan siap2 pakai baju yang sesuai untuk winter. Then keluar terus naik train ke Shin Imamiya, then drop luggage dekat Daikoku Locker, uncle jaga locker ni mmg baik! Dekat sana harga dia ikut size luggage around ¥300-¥800 yang pasti murah! Oleh sebab sampai dalam pukul 8am, kena check in homestay dalam pukul 3pm. So daripada buang masa menunggu, baik simpan barang dekat locker then boleh terus explore.

Di Jepun orangnya sangat peramah, sampai je sana jumpa orang Jepun memang sangat kuat membantu, nampak je muka kita macam sesat2 sikit ada je orang tolong tunjuk jalan.

📍 First day, jalan2 Osaka guna Osaka Amazing Pass (OAP) pergi lawat Kaiyukan Aquarium (World Largest Aquarium) Dapat tengok penguin yang real. Dekat sana ada show macam2. Kalau bawa budak tempat ni memang sesuai sangat confirm dorang excited!

📍 Lepas dari sana terus pergi naik Santa Maria Cruise. Yang bestnya cruise tu FREEEE guna OAP dia bawa round sekitar tu. Sedar tak sedar gelap dah. Terus pergi Homestay check in dan rehat puas2. So first day balik homestay awal sikit kumpul energy for next days.

DAY 3 OSAKA (4 DEC 2019)

📍 Osaka Museum Housing & Living (yang ni pun pakai OAP. Tempat ni macam suasana ala2 perkampungan Jepun. Bolelah sewa kimono murah around ¥500 = RM20. (murah berbanding tempat2 lain)

📍 Tenjimbashisuji Shopping Street – sekitar Museum tersebut

📍 Osaka Tennoji Zoo (yang ni pun FREE guna OAP) Dekat sini pun ada penguin dan macam2 lagi. Yang ni lagi best sebab penguin dia kita boleh tengok dekat sikit, bukan dalam kaca)

📍 Ebisu Tower Ferris Wheel – Kalau jenis gayat jangan naik sebab tinggi jugak. Tapi view atas tu cantik sekali! Nampak semua!

📍 Pirates of Osaka Cruise (yang ni pun dapat naik guna OAP) benda boleh percuma kenapa nak bayar😁 (dia bawa jalan2 atas air di tengah2 bandar Dotonbori) Duduk atas cruise tu boleh la feeling2 sambil dengar lagu2 dia pasang.

KELEBIHAN OSAKA AMAZING PASS (OAP)
– Sebab OAP tu valid untuk 2 hari sahaja, so memang kitorang guna semaksimum yang boleh untuk fokus round Osaka je dulu. Untuk 2 hari boleh pergi ke mana2 sahaja guna Osaka Subway sebab semua FREE termasuk entrance ticket sesetengah tempat. JIMAT!

DAY 4 (5 DEC 2019)

Universal Studio Japan/USJ

Kalau nak ke USJ memang kena datang awal! Sebab risau sehari tak cukup. Besar sangat tak sempat rasa semua.

Tiket beli siap2 dekat Klook, so sampai2 terus scan ticket guna QR code dalam phone. Beg memang akan dicek. Makanan, monopod, tripod memang tak lepas. Dekat dalam tu ada je tempat makan Halal cuma pricey sikit la. Saya nasihatkan pegi USJ better pergi weekdays, tak crowded sangat.

📍 Jejak je dalam tu terus pergi Diagon Alley & Hogwarts, kalau jenis gila Harry Potter wajib masuk sini. Tak gila pun wajib masuk sebab best sangat2.

📍 Another top and attraction in USJ is (The Flying Dinosaur and Hollywood Dream – The Ride) yang ini antara roller coaster yang paling extreme! kalau jenis gayat baik jangan cuba2 untuk naik sebab ada jugak lelaki menangis time naik tu. Sampai berjam2 orang sanggup beratur untuk naik. Tips kalau nak cepat sampai better naik single rider tak perlu beratur panjang2.

📍 Lain2 boleh try main Jurassic Park – The Ride, JAWS, Space Fantasy dan banyak lagi tak sempat try semua!

DAY 5 KYOTO (6 DEC 2019)

📍 Kyoto Tower
📍 Tenryu Ji Temple
📍 Arashiyama Bamboo Forest Kyoto

Area ni best sebab suasana dia mcm bandar2 kampung, aman je tempat ni. Sesuai bagi yang suka nature! Daun2 pun dah start merah2 cantik sangat ambik gambar kat sini.

Kalau sampai sana wajib try Matcha Soft Ice cream! Harga around ¥250 – ¥300 = MYR11. Antara ice cream yang murah dan sedap sangat saya jumpa.

DAY 6 NARA & KYOTO (7 DEC 2019)

📍 Nara Deer Park
📍 Kofuku Ji Temple
📍 Round bandar Kyoto
📍 Mochi Hunting

DAY 7 KOBE (8 DEC 2019)

📍 Bus pass 1day ¥660 boleh beli dekat Inform Kobe Sannomiya Station untuk pergi ke Rokko Snow Park. Yang nak main snow, boleh pergi sini! Serious best!

Yang ni saya sarankan pergi hari2 terakhir sebab suhu sana tersangatlah sejuk menyengat sampai ke tulang. Lain2 equipment boleh sewa sana contoh main ski, sled , naik cable car dan bolehlah acah2 Elsa buat snow man. Jangan lupa ready kasut yang sesuai dan gloves awal2 sebab kalau takda terpaksa la sewa kat sana melainkan kulit korang memang kebal.

📍 Kobe Mosque

DAY 8 OSAKA (9 DEC 2019)

📍 Dotonbori – Sebab last day, so aktiviti bebas. Jalan sorang2 tanpa hala tuju. Dari Shin Imamiya naik train ke Namba Station. Pergi round Dotonbori, pergi cari Glico Man & Tokayaki.
📍 Kuromon Ichiba Market
📍 Lepas tu balik Shin Imamiya pergi borong ole2 dekat Maruhan Mall & Daiso Japan.

DAY 9 (10 DEC 2019)

Sebab flight awal pagi from KIX to HANOI, so pukul 5 subuh dah siap2 untuk gerak ke Airport. Maka berakhirlah percutian di Osaka selama 9 hari.

Apa benda paling tak best kt Osaka? Bila kau sedar kau dah hari terakhir kt Osaka🤣

EXTRA TIPS!

Sebelum travel, jangan lupa ambik insurans. Mana2 insurans pun ok. Saya ambik INSURANS ETIQA TRIPCARE360. Yang ni penting wajib ambik so boleh claim if anything happens. Harga dalam RM 60++/per. Boleh terus beli dekat laman rasmi Etiqa Travel Insurance dengan menekan pautan ini.

HOMESTAY

Homestay sewa area Shin Imamiya booked guna AirBnB. Haritu terbaca Abg Jack post, selain mudah untuk public transport, location tersebut adalah gateway ke Kansai Airport dengan mudah guna 1 train sahaja. Yes exactly! So kitaorang pilih untuk stay Homestay area Shin Imamiya.

Daftar sebagai ahli Airbnb menggunakan link ini untuk dapatkan voucher Airbnb bernilai RM179!

PASSES

OSAKA AMAZING PASS 2DAYS RM135
Sampai osaka boleh terus guna untuk 2hari. OAP sangat jimat sebab cover subway dan entrance fee tempat2 menarik di Osaka. Rujuk pautan ini.

KANSAI AREA PASS RM338
KAP cover train dan bus area Osaka, Kyoto, Kobe, Nara etc dengan Nankai Line terus ke KIX airport.m. Rujuk pautan ini.

SIMCARD
Saya recommend pakai Hello 1010 simcard. Boleh beli dekat website dia terus. Klik sini.

APPS

Google Map
Wajib download! Sebab pergi tanpa guide so kena buat sendiri semua. Untuk backpackers trip, sesat itu normal. So takperlu stress2 just enjoy every single moments. So kalau sesat memang kena rajin bertanya orang sekeliling atau tanya information counter kat sana. Pasti ada jalan!!😁

Currency Apps
Senang nak kira duit kalau nak bayar apa2. Sebab tak guna data.

HalalNavi
Senang nak cari makanan halal dan tempat solat.

Cam Translate
Translator, sebab dekat Jepun almost 80% dorang guna bahasa Jepun, so apps ni memang sangat membantu. Just gambar then automatic dia convert to words.

Weather Live
Penting untuk tahu bacaan suhu semasa sebelum keluar rumah. Kalau suhu dah rendah tu ready la pakai baju tebal sikit. Kalau ramalan nak hujan, ready raincoat siap2 dalam beg.

LAIN LAIN

Saya sarankan ambik suntikan vaksin seperti Influenza 4-6 minggu awal sebelum melancong bagi elak virus influenza sebab faktor cuaca yang sangat sejuk risiko pun tinggi. So jangan ambil mudah bab2 penyakit ni.

Dekat jepun memang banyak jalan kaki and naik turun tangga. Sehari approximately dalam 15km. So saya sarankan pakailah kasut yang korang dah biasa pakai dan make sure kasut tu betul2 selesa supaya tak melecet sana sini. Melainkan nak trip santai pergi beberapa tempat sahaja bolehlah pakai boots especially kalau pergi snow park tu. Kalau pakai kasut yang jenis kain confirm basah.

Tandas sana memang bersih dan dorang tak suka lantai basah2. Macam biasa pipe memang takada. So kena ready la tisu basah awal2 atau botol kosong. Jangan terkejut tengok tandas dia memang canggih kalau nak flush jenis scan pakai tapak tangan, ada yang kena tekan button siap ada sound lagi dalam tandas and mostly semua bahasa Jepun termasuk lift dia so terpaksa main agak2 je.

Cara naik escalator Osaka berbeza dgn Tokyo. Di Tokyo orang akan berdiri sebelah kiri dan biarkan bahagian kanan kosong (untuk orang yang nak cepat) tapi berbeza dengan Osaka, mereka akan berdiri disebelah kanan dan kosongkan bahagian kiri. Yang ni general tips kena tahu.

Dekat Jepun rasa cepat je masa. Sebab cepat gelap pukul 4-5 dah start nak gelap. Waktu solat pun sana sangat awal banding Malaysia. So better keluar awal , jangan buang masa anda dengan tidur 😁

EXPENSES (per/person)

  • Homestay AirBnB ¥22239 = RM841/per for 9 days (bahagi 3 org)
  • Kansai Area Pass 3 Days & Osaka Amazing Pass 2 Days ¥8938 = RM338 (Beli di Shopee)
  • Rokko Snow Park (inc public transport) ¥3147 = RM119
  • Aquarium ¥2346 = RM88.75
  • E-ticket USJ ¥8700 = RM329
  • Simcard Hello 1010 ¥1553 = RM58
  • Suica Card ¥3000 = RM113.44

TOTAL RM1887.19 (cover sekali Kyoto, Kobe, Nara & USJ)
(tidak termasuk tiket flight, pocket money dan duit makan)

TICKET VIETNAM AIRLINES [free luggage 30kg + meals)
Beli tiket flight total RM1386 tapi kena transit, from (KUL – HANOI – OSAKA)
Harga ni kira normal bagi yang nak ke Japan, tak mahal and tak murah sangat. Kalau promo maybe boleh dapat lagi murah. Memang penat sikit sebab kena transit kat Hanoi. Untuk Muslim, jangan risau kita boleh request halal meals so memang dorang akan bagi priority bagi yang Muslim.

MAKANAN

  • Depends dengan cara hidup masing2. Kalau jenis nak jimat, dekat sana tiada yang murah, aiskrim tepi2 jalan pun macam harga Baskin Robin apatah lagi makanan biasa.
  • So better prepare RM100 untuk makan sehari. Sedia lebih lagi bagus, boleh simpan untuk emergency @ masuk tabung. Untuk breakfast, saya sarankan bawa la maggi siap2 dari Malaysia. Kalau bijak sikit sekali sekala lepak lunch dekat Family Mart ataupun Lawson yang ni tips paling jimat, tak sampai RM50 beli Onigiri Salmon @ Tuna harga dalam RM5 je, tapi muak la korang kalau asyik makan Onigiri pagi siang malam.
  • Lagi satu cara nak jimat beli nasi harga dalam 130¥ = RM4.90 and ikan yang dah siap masak dalam harga 230¥ = RM8.68 pastu minta pekerja talong panaskan dekat microwave and makan tepi jalan je fuhhhh makan panas2 bapakk bahagiaaa hidup hahaha. Tupun kena cek betul2 food contents dia. Sebab tu berani makan ikan je.
  • Kalau masuk sana wajib beli Pudding caramel yang jenama Meiji (yang diyakini halal) Jangan beli jenama Glico sebab pernah terbaca dekat group RTJ orang post contents dia meragukan. Minuman air kat vending machine pun kena try Van Houten Cocoa best gilerr minum panas2 time winter.
  • Sekali sekala bolelah rasa makanan Jepun seperti Ramen, Takoyaki & Udon. Rugi datang jauh2 tak rasa makanan2 dorang. Sebab ada je kedai2 halal untuk Muslim sana mostly rakyat dari Malaysia yang tengah study and buat part time job sana. Cuma kena rajin cari la. Contoh dkt Ramen Honolu, Namba, sedap gila ramen dia! Untuk peminat Takoyaki boleh cuba dekat Matsuri Restaurant, kedai halal lain kedai Ayam Ya & macam2 lagi. Boleh download apps Halal Navi.

CASH

  • Cash yang digunakan tak perlu bawa banyak sngt cuma bawa untuk makan, lain2 tiket, souvenir, sebab bukan jenis shopping, tapi jenis yang suka cari tempat menarik, food hunting and perhati budaya dorang especially dari segi disiplin dorang, memang SALUTE!!

Paling dirindui amalan mereka yang tidak lari daripada perkataan (Arigato=ThankYou), (Sumimasen=Sorry/ExcuseMe), yang paling wow memang susah nak jumpa sampah dekat sana sebab bandar dorang sangat sangat la bersih.

So kalau nak bawak duit lebih baik simpan dkt BigPay just incase for anything happens (memang wajib simpan untuk hal2 unpredictable) Kalau bukan jenis shopping saya nasihatkan tak payah beriya nak tukar semua duit ke Yen, sebab klu duit tak habis nanti rugi, kita jual duit akan lebih murah daripada duit yang kita beli.

That’s all. Semoga tips ini membantu mempermudahkan perjalanan orang lain ke Osaka ❤️🖤
Thank you very much Buku Road To Japan, members Road To Japan (RTJ) & Backpackers Buddies Malaysia (BBM) yang banyak membantu.

Special thanks to my sister @sheena.mt.aidala & my brother in law @ghouseraqib yang turut banyak bersusah payah sepanjang trip ni ❤️❤️

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here