Jangan buat sesuka hati, ketahui undang-undang ini kalau bercuti di Maldives

0
289

Mana-mana negara yang kita pergi, penting untuk kita ketahui apakah budaya dan peraturan yang dikenakan di negara itu. Mungkin beberapa perkara terlihat biasa di negara kita namun ia sememangnya perkara yang dilarang di negara tertentu.

Pulau Maldives terkenal dengan keindahannya dan selalu menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan lautan. Sebab itulah ramai selebriti dan orang awam yang memilih pulau ini untuk destinasi meraikan ulangtahun perkahwinan dan bulan madu.

Namun, tak ramai yang tahu ia sebenarnya memiliki penduduk yang majoritinya muslim. Maka, ada perkara yang sangat dijaga terutamanya cara berpakaian. Jika korang melangggar beberapa peraturan yang ditetapkan, korang mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang dan disiasat polis.

Kalau korang nak tahu, Pulau Maldives sebenarnya telah membataskan pergerakan pelancong untuk berada di sekitar pulau yang sememangnya terpisah dengan pulau utama masyarakat di situ yang dihuni majoroti muslim.

Tapi belakangan ini, ramai pula pelancong yang masuk ke pulau yang dihuni penduduk muslim ini tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jom tengok apakah pantang-larang kalau nak ke pulau Maldives ini.

Jaga batas pergaulan dan jangan menunjukkan ‘aksi kemesraan’ yang keterlaluan dengan pasangan.

Kalau nak pakai bikini, hanya terhad di resort dan kapal persiaran.

Pesawat dan kapal mungkin akan lambat sampai ke pulau jika cuaca buruk.

Jangan pegang terumbu karang ketika menyelam

Dadah, alkohol, daging babi, anjing adalah barang yang dilarang untuk di bawa ke pulau Maldives

Jaga sopan santun terutama kalau korang pergi bercuti semasa hari besar Islam macam bulan Ramadan atau Lebaran

Kalau korang menjaga pantang larang ini, nampaknya tak ada yang perlu dirisaukan. Korang boleh menikmati keindahan pulau Maldives dengan air lautan yang jernih. Jangan lupa tengok matahari terbenam tau. Memang cantik!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here