Putus cinta? Ini 5 tempat korang boleh travel untuk ‘move on’ daripada si dia

0
348

Ya, korang mungkin rasa sis mengarut tulis artikel macam ini. Tapi cuba korang kenang balik keadaan diri waktu putus cinta. Tak ke separuh gila nak kawal perasaan kecewa bila mengenangkan kisah cinta kita terlerai di tengah jalan? Bak kata lirik lagu Naim Daniel “pahitnya terasa bagai dipenjara, tanpa bicara ku rela,” Gitu!

. Kalau selama ini korang travel untuk upload gambar dekat Instagram, apa kata kali ini travel korang mempunyai misi yang besar untuk merelakan, menerima ketentuan dan menyayangi kembali diri sendiri. Sebab, sangat normal untuk seseorang yang menghadapi sebuah kehilangan untuk rasa kosong atau lebih teruk, tak rasa apa-apa.

Sudah-sudahlah menangis dan duduk berkurung dalam bilik gelap. Sekarang, bangun perlahan-lahan dari katil dan marilah kita plan Travel Therapy kita.

Jadi, sis ada beberapa cadangan tempat yang korang boleh pergi dekat Malaysia ini. Kalau korang dalam fasa baru nak move on, sis cadangkan korang bawa kawan yang sekepala dalam 3 orang dan paling penting, tak banyak kerenah.

Pulau

Sis cadangkan korang ke tempat yang tenang dan bukannya tempat yang serabut dengan kesesakan lalu lintas. Dekat Malaysia ada banyak pantai yang cantik macam Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan banyak lagi. Ada satu benda yang sis wajibkan korang buat iaitu scuba diving atau snorkeling.

Sebenarnya, lautan ada keajaiban tersendiri tau. Bila berada di dalam air, korang akan rasa macam nak bercakap dengan diri sendiri. Bila tengok ikan dan keindahan dunia bawah air, korang akan rasa tenang.

Bukit

Tak payah nak daki tinggi sangat macam Gunung Kinabalu. Korang start dengan Bukit Broga pun okay. Bila dah sampai dekat puncak, korang tengoklah betapa cantiknya matahari waktu pagi. Masa itu korang kena yakinkan diri, selepas gelap akan ada siangnya. Setiap kesedihan akan ada penghujungnya. Matahari adalah bukti yang korang telah hidup sehari lagi. Jangan sia-siakan dengan mengenang orang yang dah tak cintakan kita lagi.

Gua Tempurung

Tak pernah jejak gua batu kapur dekat Malaysia? Inilah masa yang sesuai. Mulakan dengan Gua Tempurung dekat Perak. Untuk meneroka gua ini, korang kena membongkok, merangkak. Dalam kegelapan korang belajar untuk mempercayai kemampuan diri mencari jalan keluar dengan selamat supaya tak terkena jeriji batu.

Sungai Perak

Dah alang-alang pergi Gua Tempurung, korang gerak pula untuk water rafting. Banyak sungai dekat Perak yang tawarkan pengalaman mencabar sebegini macam dekat Sungai Kampar dan Sungai Ulu Slim. Waktu ini, korang menjeritlah sepuasnya. Ketawalah sekuatnya.

Spa dekat Kuantan

Selepas korang lakukan aktiviti lasak, sis cadangkan korang untuk tempah resort atau villa. Kalau boleh dengan suasana yang aman dan juga bukannya tempat lokasi orang berbulan madu. Yelah, nanti korang sedih pula tengok pasangan bercinta sedang bahagia.

Sis nak korang manjakan diri dengan rawatan spa. Bagi diri korang tenang dan jauh dari stres. Ada banyak resort dekat Malaysia yang tawarkan perkhidmatan macam ini, contohnya macam Mangala Resort dekat Kuantan. Kalau rasa mahal, cari spa yang dekat dengan rumah korang pun okay. Cuma tak rasalah suasana baru sangat.

Move on bukanlah sebuah perkara mudah apalagi kalau seseorang itu pernah berada di tempat yang sangat dalam di hati kita. Jadi, tak salah kalau kadangkala korang teringat dan nangis.

Semoga beberapa tempat dan aktiviti yang sis cadangkan ini dapat membuat korang lebih bahagia dan semakin mencintai diri sendiri. Kalau bukan kita yang hargai diri kita, siapa lagi kan? Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here