Ini tips mudah macam mana nak cari makanan halal dekat Korea!

0
105

Ada sesiapa yang rancang tak pergi Korea dalam masa terdekat? Sebagai seorang muslim, benda penting yang selalu bermain dekat kepala kita kalau travel ke negara bukan Islam tentunya makanan. Mestilah kita nak cuba makanan mereka, takkan nak duduk bilik makan maggie je setiap hari. No way!

Ha, ini berita baik tau. Korea Selatan sekarang dah semakin terbuka menerima pengunjung yang beragama Islam dengan menyediakan kemudahan solat di tempat tarikan pelancong. Soal makanan apatah lagi sebab dah banyak restoran yang dapat sijil halal.

Korang boleh cari mana-mana restoran yang ada sijil halal oleh Korea Muslim Federation atau KMF. Kira macam JAKIM dekat Malaysia yang keluarkan logo Halal. Cara diorang dapat sijil lebih kurang kita, restoran akan minta izin dekat KMF dan pihak mereka akan datang buat pemeriksaan. Bila dah ada logo, lebih yakinlah pengunjung negara Islam nak makan.

Cara lain ialah korang cari restoran yang Self Certified yang biasanya pemiliknya ialah muslim. Jadi, apa yang dijual dekat restoran tersebut pun halal belaka.

Selain itu, korang cari restoran yang muslim friendly. Maksudnya, kedai itu mungkin jual alkohol tapi bahan masak tidak mengandungi babi memandangkan pemilik restoran adalah muslim.

Kalau korang cari kedai yang pork free pun boleh. Sebab ada kedai yang jual macam-macam jenis daging tapi tak jual daging babi.

Antara restoran yang jual makanan halal ialah Makan Halal Restaurant dan EID Halal Korea Food dekat Seoul. Ada juga restoran yang jual makanan Turki yang korang boleh cuba. Apa yang menarik ialah kedai ini buka 24 jam! Jadi kalau malam-malam korang lapar, pergilah ke Kervan Turkish Restaurant Halal.

Okay, ini tips terakhir. Kalau korang dah memang lapar sangat tapi tak pasti kedai korang nak makan tu status dia macam mana. Korang hafal ayat ini,
‘Dwaeji gogi, ham, bacon ppaego juseyo.’ – maksud dia, tolong jangan masukkan daging babi, ham atau bacon dalam makanan.

dan juga ayat,
Dwaeji gogi, ham, bacon ppaego juseyo.’– maksudnya, jangan masukkan alkohol dalam makanan.

Alah, tak ada hal. Sebenarnya masyarakat Korea dah terbuka sekarang sebab mereka rancang nak menerima lebih banyak pelancong muslim seluruh dunia. Apapun, semoga tips yang diberikan ini berguna untuk korang tau.

Sumber: Kompas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here