Ini rupanya cara syarikat penerbangan bersihkan pesawat elak sebar COVID-19

0
451

Penularan COVID-19 sememangnya memberikan impak yang sangat besar. Tidak hanya beribu-ribu orang yang dijangkiti, malam ia turut memberi kesan kepada ekonomi dunia terutamanya industri pelancongan. Tahun ini boleh dikatakan sebagai tahun yang agak menyedihkan untuk kebanyakan syarikat penerbangan.

Mana tidaknya, ramai juga orang yang tidak berani untuk melancong ke luar negara bagi mengelakkan jangkitan. Sebagai syarikat yang masih beroperasi menerbangkan pesawat walaupun semasa musim virus ini, sudah tentu banyak langkah berjaga-jaga diambil.

Prosedur bersihkan normal

Proses nak bersihkan pesawat pun ada caranya. Biasanya mereka akan tengok dulu jadual pesawat yang manakah akan berhenti di lapangan terbang. Kalau jadual pesawat tak terlalu padat, maka kerja pembersihan akan dilakukan pada malam hari termasuklah bersihkan tandas, menyapu meja, buang sampah, bersihkan ruang simpan barang dan kerusi. Manakala pembersihan menyeluruh dilakukan setiap sebulan atau enam minggu.

Mereka menggunakan produk pembunuh kuman yang mampu melawan patogen dalam virus kompleks. Ia juga dikatakan boleh menawarkan perlindungan selama 10 hari.

Ingatkan penumpang cuci tangan guna sabun

Virus ini akan tersebar sekiranya seseorang menyentuh antara manusia atau manusia. Ia bukanlah virus yang melekat di kerusi dan gigit pergelangan tangan korang. Walaupun langkah pembersihan dijalankan, cara paling efektif membendung virus ini ialah dengan mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer. Kalau boleh jangan kerap sangat menyentuh muka.

Fogging

Banyak juga syarikat penerbangan yang melakukan fogging sejak Februari lalu untuk kesan yang lebih efektif terutama bagi penerbangan yang melalui lokasi-lokasi virus ini tersebar.

Mereka turut membersihkan semua permukaan peralatan dapur, toilet, karpet dan menggantikan filter udara dan sistem air.

Tunda penerbangan

Sebenarnya ini adalah salah satu cara juga untuk melindungi penumpang daripada virus. Sekiranya jadual penerbangan di tempat tertentu dibatalkan, ia menandakan negara yang ingin dikunjungi itu memang tidak selamat.

Ha, itulah antara prosedur yang dilakukan syarikat penerbangan. Apapun, mencegah lebih baik dari merawat. Kudos kepada syarikat yang bertungkus lumus menjaga kebajikan penumpang dan anak kapal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here