Panduan Lengkap Proses ‘Refund’ Tiket Penerbangan AirAsia Akibat Coronavirus (COVID-19)

0
579

Disebabkan oleh penularan novel coronavirus (Covid-19), beberapa negara yang merupakan destinasi penerbangan AirAsia telah mengenakan sekatan perjalanan terhadap tetamu sama ada berdasarkan kewarganegaraan, bandar tempat perlepasan asal, sejarah perjalanan, atau tujuan perjalanan.

Sebagai langkah pencegahan dari tersebarnya wabak , AirAsia juga membatalkan beberapa penerbangan yang berlepas dari dan ke Tanah Besar China terutamanya Wuhan. AirAsia turut menawarkan pilihan penggantian perkhidmatan untuk mana-mana tetamu yang mempunyai tempahan penerbangan ke Kawasan Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong dan Macau. 

Bagi tetamu yang rancangan perjalanan mereka terjejas disebabkan oleh sekatan atau pembatalan, di bawah adalah senarai kategori bayaran balik yang berkaitan dengan COVID-19 yang boleh anda hantar melalui AirAsia Virtual AllStar (AVA) di laman rasmi AirAsia.

  1. Penerbangan ke/dari China, Hong Kong dan Macao
  2. Pembatalan Sukarela Covid-19
  3. Warganegara yang disekat daripada membuat perjalanan
  4. Pembatalan Sukarela Domestik Jepun
  5. AirAsia Membatalkan Penerbangan Saya

Sila rujuk jadual di bawah untuk mengetahui kategori yang perlu anda pilih apabila memohon bayaran balik dan langkah-langkah untuk menghantar permohonan bayaran balik anda melalui AVA. 

Cara refund tiket flight AirAsia, Cara Batalkan tiket flight AirAsia

Menyemak status ‘refund’ anda

Anda juga boleh melihat status bayaran balik yang lebih terperinci dalam My Booking / Kes Saya yang boleh diakses dengan mendaftar masuk ke Akaun Ahli BIG anda.

Proses bayaran balik kebiasanya mengambil masa hingga 30 hari bekerja (tertakluk pada prosedur bank yang dipilih)

Ilustrasi di bawah menunjukkan bagaimana AirAsia memproses bayaran balik kes anda. 

Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini tentang status bayaran balik tiket penerbangan AirAsia sila klik pautan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here