Guna Kad Prepaid BigPay Untuk Transaksi Auto-Debit

0
680

Kami selalu sarankan kepada semua untuk gunakan kad prabayar BigPay untuk urusan pembayaran atas talian dan auto debit. Tambahan lagi banyak kes sekarang yang tular berkenaan transaksi pembayaran tanpa sedar yang ditolak dari akaun simpanan pengguna.

Untuk anda yang baru pertama kali dengar mengenai BigPay, ia adalah salah satu jenama di bawah AirAsia yang memfokuskan kepada e-wallet. Ia didatangkan dalam bentuk aplikasi telefon pintar bersama sekeping kad fizikal berwarna biru muda, tertera logo Mastercard yang berfungsi seakan kad ATM. 

Kad BigPay ialah kad prabayar. Anda perlu top-up kad tersebut melalui aplikasi BigPay, barulah ia boleh digunakan seperti kad debit ATM. Kalau tak ada duit dalam kad tersebut, bermakna tiada sebarang penolakan boleh dibuat.

Selama lebih 2 tahun kami menggunakan kad BigPay, banyak penambahbaikan yang telah BigPay lakukan ke atas produk mereka.

Berikut kami senaraikan 10 kelebihan terkini menggunakan kad BigPay:

  • KAD BIGPAY MESRA PENGEMBARA – Kad Bigpay boleh digunakan di mana-mana sahaja dalam dan luar negara dengan syarat tempat tersebut menerima kad dengan logo Mastercard. Kadar tukaran yang digunakan agak kompetatif jika dibandingkan anda tukar matawang di money changer. Jadi anda tak perlu bersusah payah membawa wang tunai yang banyak, cukup sekadar keperluan kecemasan. Sebaiknya gunakan kad Bigpay jika tempat tersebut menerima pembayaran menggunakan kad.
  • KAD BIGPAY BOLEH KELUARKAN WANG TUNAI – Tetapi setiap transaksi pengeluaran akan dikenakan caj RM6 untuk pengeluaran tempatan dan RM10 untuk pengeluaran antarabangsa. Kami jarang guna fungsi ini melainkan untuk tujuan kecemasan.
  • PEMBAYARAN TANPA SENTUHAN – Di musim virus yang senang merebak ini, pembayaran tanpa sentuhan tangan adalah digalakkan. Semua kad BigPay dilengkapi dengan teknologi ini dan anda tak perlu risau jika tidak membawa wang tunai lagi. Hanya leretkan sahaja kad Bigpay pada terminal di kaunter pembayaran.
  • MENGAWAL PERBELANJAAN MENGGUNAKAN APLIKASI BIGPAY – Anda boleh lihat segala jenis transaksi pembelian harian, bulanan dan tahunan anda di app BigPay. Setiap jenis transaksi akan dipecahkan kepada beberapa kategori seperi servis, makanan, pengangkutan, penginapan dan sebagainya. Malah data tersebut boleh dimuat-turun menjadi fail PDF untuk tujuan percukaian.
Segala transaksi pembelian menggunakan kad BigPay anda dapat lihat di aplikasi BigPay, bahkan data ini dapat dimuat-turun dalam format PDF untuk tujuan percukaian.
  • LANGGANAN BULANAN SECARA AUTO-DEBIT MENGGUNAKAN BIGPAY – Oleh kerana BigPay sangat mesra pengguna untuk pembayaran online, ia boleh disambungkan kepada aplikasi Grab, Foodpanda, Lazada Wallet, Apple ID dan juga langganan bulanan seperti Netflix dan Google.
Ini merupakan contoh auto-debit dan langganan digital menggunakan BigPay seperi Lazada, Netflix, Grab dan FoodPanda.
  • SEKURITI – Selain tidak memerlukan anda bawa wang tunai yang banyak semasa travel, fitur terbaik BigPay ialah anda boleh freeze dan unfreeze kad Bigpay anda bila-bila masa melalui aplikasi BigPay sekiranya ia tidak digunakan atau kad anda dicuri.
Pengguna boleh freeze dan unfeeeze kad dengan hanya menggunakan aplikasi BigPay
  • BERBELANJA SAMBIL KUMPUL BIG POINTS AIRASIA – Setiap RM10 yang anda belanjakan menggunakan BigPay, anda akan dapat 1 AirAsia BIG Points. Anda boleh lihat berapa banyak BIG Points terkumpul di aplikasi BigPay.
Ini adalah contoh nilai mata AirAsia BIG yang terkumpul hasil pembelian menggunakan kad BigPay
  • PEMINDAHAN WANG KE AKAUN BIGPAY YANG LAIN – Sama seperti akaun e-wallet yang lain, anda juga boleh pindahkan wang ke akaun BigPay rakan anda melalui aplikasi BigPay.
View this post on Instagram

How To Split The Bill In 4 Simple Steps: 📲⁣ 1. Click on a transaction ⁣ 2. Click 'Split Bill'⁣ 3. Select friends you want to split the bill with⁣ 4. Adjust how much you want to split⁣ 5. Wait for your money to come in! 💸⁣ —⁣ #BigPay takes away the pain (and awkwardness) of splitting the bill with friends & family. You can even send up to 3 reminders in case they "forget" 😏⁣ —⁣ #BigPayMe #SplitBill #MoneySavingTips #MoneyHacks

A post shared by BigPay (@bigpayme) on

  • SPLIT BILL – Fitur dalam aplikasi BIgPay yang sesuai semasa anda travel bersama rakan-rakan anda. Split bill membolehkan anda berkongsi bayaran tanpa tunai dengan pengguna BigPay yang lain.
Segala pemindahan dilakukan melalui aplikasi BigPay dan setiap transaksi akan dikenakan caj.
  • PINDAH WANG KE BANK – Kelebihan terkini yang ada di dalam BigPay ini membolehkan anda memindahkan wang ke akaun bank tempatan dan luar negara dengan hanya menggunakan aplikasi BigPay.

Cara untuk mendapatkan kad BigPay sangat senang, apa yang perlu anda buat ialah muat tutun aplikasi BigPay di Apps Store atau Google Play, ikut langkah yang disediakan, masukkan kod VYIKXEICWE pada ruangan referral untuk dapatkan RM10 secara percuma.

Jangan lupa top up kad tersebut sekurang-kurangnya RM20. Selepas selesai daftar, kad fizikal BigPay akan dipos kepada anda beberapa hari selepas pendaftaran dilakukan.

Semoga info ini bermanfaat! Jangan lupa daftar BigPay!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here