Korang Bukan Traveller Sejati Kalau Belum Jejak 5 Pulau Tercantik Di Malaysia Ini

0
566

Air yang jernih, bayu dingin yang lembut dan perasaan tenang setiap kali kita memijak pasir pantai. Sekejap masalah kita pun hilang setiap kali berada di pantai. Sebab ituah pantai adalah lokasi paling tepat kalau larikan diri dari hidup yang kusut ini.

Sebenarnya, dekat Malaysia ini banyak betul pantai dan pulau yang memang cantik. Bukan itu sahaja, hidupan laut pun memang menakjubkan. Itu belum lagi korang boleh cuba aktiviti-aktiviti dekat sini. Memang setanding pulau luar negara yang terkenal itu.

Sebelum korang ‘pejam mata’; pastikan korang dah pernah jejak pulau-pulau ini. Barulah traveller sejati!

Pulau Sipadan

Pulau yang terletak dekat Sabah ini memang cantik betul. Air jernih gila. Bukan itu sahaja, ia adalah port terbaik kalau nak diving. Oleh sebab kerajaan kita jaga pulau ini, untuk ke tempat diving korang akam naik bot sebab nak pelihara keindahan semulajadi hidupan laut.

Pulau Mantanani

Ha? Pulau apa dia ni? Ya pulau ini wujud ya kawan-kawan. Ia berdekatan dengan Kota Belud. Kalau korang ada rezeki jejak kaki kat sini silalah pergi snorkeling dan tengok matahari terbenam. Korang akan rasa tempat ini syurga dunia, geng. Tak tipu. Lepas korang buat dua benda ini barulah korang faham kenapa saya masukkan pulau ini dalam senarai wajib pergi.

 

Pulau Redang

Kalau korang rasa tiket nak pergi Sabah tu mahal, korang pergi naik bas je ke Terengganu. Kita patut bangga tau dengan kewujudan Pulau Redang yang cantik macam ini sampai orang luar negara berebut nak datang sini. Resort bagus, aktiviti banyak dan tak hairanlah kalau ramai pergi sini untuk bulan madu.

 

Pulau Kapas

Sebenarnya banyak majalah dan portal antarabangsa yang menyenaraikan Pulau Kapas sebagai lokasi wajib pergi. Ia dianggap seperti syurga yang belum diterokai. Tak ramai orang di pulau ini. Ia sunyi, tak bising dan sangat tenang. Airnya pun cantik. Jangan lepaskan peluang untuk daki Bukit Singa dekat sini. Pemandangan dari atas lawa betul.

 

Pulau Tioman

Selain Pulau Kapas, Pulau Tioman pernah disenaraikan dalam majalan Time sebagai pulau tercantik dunia. Pokok nyiur redup meninggi dan pasir yang putih memang cantik. Oleh sebab ramai sangat dah pelancong ke sini. Pulau ini dah tak berapa nak cantik sangat nak dibanding beberapa tahun sudah. Tapi still worth it kalau nak pergi.

Jadi, jom kumpul duit. Jumpa dekat pulau ini semua lepas COVID!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here