Restoran, Hotel Bantu Petugas Medik Sepanjang Penularan COVID-19

0
380

Musim COVID-19 ini, industri pelancongan seluruh dunia sedang berdepan dengan krisis. Tak kisahlah pengangkutan, hotel, restoran, atau syarikat penerbangan. Ini adalah masa kritikal mereka.

Namun, apa yang menyentuh hati ialah apabila hotel dan restoran mengenepikan isu untung rugi dan fokus kepada macam mana nak memudahkan urusan petugas medik rawat pesakit yang terkena COVID-19.

Di England, syarikat travel terkenal Original Travel memberikan percutian percuma untuk petugas medik sepanjang perkhidmatan mereka menjaga kesihatan masyarakat Britain.

 

Mereka ada buat kempen At Your Service mengumpulkan bermacam-macam perhiasan, peralatan rumah, makanan dan minuman mewah. Bukan itu sahaja, produk kecantikan pun diberikan kepada mereka. Kesemuanya berjemana tau!

Namun begitu, mereka merasakan hadiah yangh diberikan ini terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan petugas medik di sana.

Bukan itu sahaja, restoran di sana pun mengambil inisiatif untuk mengirim ratusan makanan siap saji ke hospital di London. Ini bagi menampung keperluan para doktor yang tak dapat pergi ke supermarker untuk beli keperluan rumah.

Antara hotel yang menawarkan penginapan percuma ialah Millenium Hotel di Chelsea Football Club, Native Manchester dan Hawley Wharf. Bukan itu sahaja, Camden House menyediakan kopi dan teh percuma sepanjang 3 minggu.

Hotel terkenal dunia Claridge’s menyediakan 650 bilik tidur untuk menampung 40 doktor, jururawat dan staf. Siap dengan makan malam sekali tau.

Dekat Malaysia pun ada. Contohnya ramai juga pemilik rumah sewa yang sanggup jadikan aset mereka sebagai rumah sementara petugas medik. Kerajaan negeri Selangor pun sediakan 287 bilik hotel secara percuma kepada petugas barisan hadapan.

 

Antaranya ialah Hotel De Palma Shah Alam menyediakan 204 bilik untuk petugas medik.

Dalam tempoh pandemik ini seronok betul dengar cerita semua orang saling berganding bahu untuk memberikan bantuan. Korang pun boleh buat benda sama dengan duduk rumah dan lakukan social distancing!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here