Lapangan Terbang Lockdown, Pelancong Ini Pening Kepala Fikir Nak Bayar Duit Resort

0
366

Sebut sahaja Maldives, semua dah tahu ia adalah lokasi popular untuk berbulan madu. Air yang jernih, hotel yang selesa dan pemandangan yang menawan. Memang sempurna dan romantis.

Maka, sebab itulah juga pasangan Olivia dan Raul De Freitas memilih untuk ke Pulaiu Maldives. Tapi lain pula ceritanya kalau dah pergi waktu wabak COVID-19 tengah melanda dunia.

 

Cadangnya nak duduk di situ 5 hari sahaja. Tapi memandangkan lockdown sudah dijalankan, mereka terpaksalah duduk di situ selama 21 hari. Yelah, kalau mereka balik, penerbangan mereka agak berisiko. Lapangan terbang negara asal mereka iaitu Afrika Selatan pun sudah ditutup.

Mereka ada juga merancang untuk naik speedboat selama 90 minit ke pulau utama MaldivesĀ  dan dapatkan pesawat. Tapi lapangan terbang negara itu sudah melakukan lockdown. Jadi tak ada pilihan, terpaksalah mereka duduk di pulau itu.

Kalau dah hanya ada mereka sahaja di resort itu, sudah tentulah layanan mereka pun istimewa. Tapi mereka pun cemas juga tak mampu nak bayar duit hotel kalau tinggal lama-lama walaupun hotel mereka ada menawarkan diskaun. Jadi, lepas 21 hari pasangan ini pun sewa pesawat peribadi yang ada di Maldives untuk kembali ke Afrika Selatan.

Mereka pun akhirnya tiba di negara mereka dan dikuarantin. Fuh nasib baik selamat! Korang jangan buat hal pergi bulan madu waktu macam ni. Masak la nanti!

Sumber:Tribunews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here