Nak Elak Covid Punya Pasal, Itali Nak Buat Pantai Dengan Gelas Kaca

0
293

Industri pelancongan dan penerbangan adalah yang paling banyak terkesan dan terjejas sejak lockdown dilakukan di beberapa negara. Banyak lokasi-lokasi pelancingan yang tutup dan semua tak boleh keluar rumah sebab takut penularan menjadi semakin teruk.

Sebut sahaja Itali, semua dah tahu ia adalah tempat yang cantik dan sesuai sangat kalau nak pergi bercuti dengan keluarga. Tapi sejak nak elak Covid, mereka punambil langkah tutup sementara waktu.

Bukan itu sahaja, mereka pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan merancang untuk bina kelas kaca atau kiosk kaca di persisiran pantai. Rekaan yang dicadangkan tu lebih kurang macam ini.

Rekaan kios menggunakan ‘plexiglass’ (4.5 meter x 2.5 meter) bakal mengubah landskap di pesisiran pantai apabila pengunjung akan berada di dalam kios itu.

Rekaan ini dibuat bagi mengelakkan penularan Covid 19 dan pada masa yang sama membolehlah orang ramai untuk kembali melakukan aktiviti di tepi pantai.

Bukan itu je, mereka pon ada dapat permintaan untuk pasang penghadang dekat meja makan sebagai pelindung.

 

Macam-macam! tapi kalau itu yang terbaik dalam situasi sekarang, buat je la. Kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here