Kalau sebut sahaja tentang kematian. Mulalah rasa meremang satu badan. Tiba-tiba terimbaslah cerita-cerita seram yang pernah kita tengok dekat wayang.
Tapi sebenarnya, ada beberapa budaya yang meraikan orang yang sudah tiada tau. Ia bertujuan untuk mengingati sahabat dan kenalan mereka yang telah pergi dahulu meninggalkan mereka. Jom baca sampai habis apakah perayaan-perayaan yang dimaksudkan.
DÃa de los Muertos
Ia disambut di Mexico. Mereka akan bermain muzik, berpakaian bermacam-macam warna dan menghias meja dengan bunga-bunga. Ia disambut pada 31 Oktober sehingga 2 November bagi mengingati orang yang sudah meninggal dunia. Mereka percaya, arwah akan kembali ke rumah saudara mereka dalam tempoh itu. Ia turut disambut di beberapa tempat di Amerika Syarikat dan Rusia.

Obon
Merupakan sambutan yang diraikan pada 15 Ogos selama lima hari di Jepun. Mereka akan menyalakan api kecil di luar rumah. Ia bagi menghormati keluarga yang sudah meninggal. Mereka juga akan ke kubur untuk membersihkan batu nisan dan membakar unggun api atau lentera untuk mengirim roh.
Festival macam Gozan Okuribi yang ada unggun api telah menarik ribuan pengunjung setiap tahun untuk menyaksikan tarian tradisional.
Fet Gede
Ia disambut oleh orang Haiti di Afrika. Mereka akan melakukan voodoo iaitu kepercayaan spiritual untuk membangkitkan orang mati di Fet Gede. Sebelum perayaan dimulakan mereka akan memberikan hadiah di depan pintu rumah mereka bagi membuatkan roh rasa disambut. Mereka juga akan ziarah kubur dan menari, bernyanyi serta berpesta.

The Hungry Ghost Festival
Kebanyakan negara Asia akan menyambut perayaan ini terutama bagi mereka yang menganut agama Buddha dan Tao. Selalunya, ia akan disambut pada makam ke-15 bulan lunar ketujuh.
Mereka akan membakar kemenyan, duit, masak tiga kali sehari dan tinggalkan sedikit untuk hantu ‘makan’. Malam terkahir, mereka akan menerbangkan lentera warna-warni sepanjang sungai.
Pchum Ben
Pada bulan Oktober, mereka di Kemboja akan meraikan festival di mana orang hidup akan memberi kembali kepada orang mati. Mereka akan mengumpulkan nasi yang telah dimasak menjadi beberapa bahagian.

Selama 15 hari, orang Kemboja akan berkumpul dan mengunjungi kuil Buddha dan mempersembahkan makanan untuk membantu penderitaan roh jahat di akhirat.