Sejak Tak Ada Pelancong, Singa Keluar Bersantai Tengah Jalan

0
205

Bila dah tak nampak manusia lalu lalang. Para haiwan pun keluar dari tempat persembunyian. Ini ada cerita menarik dari Taman Negara Afrika apabila haiwan-haiwan sudah mula keluar dan bersenang-lenang.

Seorang jurugambar mengambar foto singa yang sedang bersantai di jalan taman negara itu.

 

Mereka baring pada waktu siang. Benda ini tak normal sebab biasanya singa ini akan lari ke semak kalau nampak kenderaan keluar masuk.

Sejak lockdown, taman negara ini ditutup. Orang yang boleh masuk ke taman ini hanyalah mereka yang bekerja untuk beri makanan dan menjaga keadaan taman ini agar sentiasa terkawal.

Afrika Selatan masih lagi berada dalam mood Lockdown sampai hujung April. Nampaknya singa-singa ini hanya ada beberapa minggu lagi untuk bersantai atas jalan raya.

 

Bukan hanya singa, beruang hitam pun muncul di tempat-tempat yang jarang dilihat. Mereka memanjat pokok di sebelah rumah penjaga taman negara. Dianggarkan ada 300-500 beruang hitam di taman negara itu.

Selain itu ada kucing hutan pun nampak berkeliaran sebab tak ada pengunjung. Haih, macam-macam cerita. Apapun, semoga haiwan ini ‘bersantai’ dengan aman beberapa minggu ini sebelum manusia buat come back.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here