Udara Makin Bersih Sejak India Lockdown, Pergunungan Himalaya Nampak Jelas Lepas 30 Tahun

0
281

Rupa-rupanya COVID-19 ini tak hanya memberikan benda buruk. Ada juga kebaikan sepanjang lockdown di beberapa negara. Antaranya pergunungan Himalaya yang nampak jelas selepas 30 tahun ‘tenggelam’ sebab udara tak bersih.

Nak sembang tentang Himalaya ini, pergunungan ini terletak memanjang merentasi 5 negara iaitu Pakistan, India, Nepal, Butan, dan China. Ia juga menjadi lokasi para pendaki dan pencinta alam sekitar.

Antara lokasi yang menjadi perhatian semestinya Gunung Everest. Tak kurang juga salji dekat puncak yang selalu boleh buat maut.

Sejak India Lockdown, udara di sana jadi sangat bersih. Pergunungan Himalaya memunjukan dirinya setelah sekian lama. Warga India di Kota Jalandhar pun tak lepaskan peluang untuk ambil gambar.

Ia adalah momen yang paling dramatis sepanjang berlakunya COVID-19 di dunia. Bukan itu sahaja 85 kota dekat India yang terjemas menjadi bersih sejak berlakunya lockdown.

Sumber: Tribunews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here