Tempoh sah akaun kredit AirAsia kini dilanjutkan sehingga 2 tahun

0
7223
AirAsia Refund
Tempoh sah Akaun Kredit kini dilanjutkan sehingga 2 tahun untuk semua tetamu AirAsia bagi tempahan sebelum 30 Jun 2020 - © Reuters

AIRASIA kini telah melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari (2 tahun), selain memberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.

Para tetamu yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh memilih daripada pilihan berikut:

  • Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had: Tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU

  • Akaun Kredit: Kekalkan nilai tambang tempahan anda ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (2 tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang bersama kami. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut penerbangan yang telah dikeluarkan di airasia.com.

Para tetamu yang layak boleh merujuk kepada Panduan COVID-19 untuk langkah-langkah berhubung dengan bot sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan mereka dengan segera.

Bagi tetamu yang telah menerima Akaun Kredit mereka sebelum pengumuman ini juga boleh memohon untuk melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit mereka yang belum digunakan melalui AVA.

Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen anda untuk bantuan seterusnya.

“Berikutan keadaan yang tidak dijangka ini, kami mengalami peningkatan pertanyaan yang maksimum pada masa ini. Kami terus berusaha sepanjang masa untuk menawarkan bantuan kepada mana-mana tetamu yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan, dan kami amat menghargai kesabaran anda.

Kesihatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan kami sentiasa menjadi keutamaan. Kami terus mengikuti rapat situasi kesihatan awam dan mematuhi sepenuhnya nasihat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan global.”

AirAsia akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan. AirAsia juga mempunyai hak untuk mengumumkan sebarang polisi baharu berdasarkan perkembangan terkini berkenaan situasi COVID-19.

Untuk perkembangan terkini, ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/airasiaph) atau hubungi pasukan sokongan pelanggan di Twitter (@AirAsiaSupport) atau di support.airasia.com. Tetamu juga dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat yang terkini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here