Dengan RM499 Anda Boleh Beli Pakej Penginapan 3H2M & Tiket Masuk Ke Sunway Lagoon Untuk 4 Orang!

1
9674
Sunway Lagoon

Dalam usaha menaikkan kembali industri pelancongan domestik, Sunway Bhd (Sunway) telah melancarkan kempen ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway’ pada 6 Julai 2020 yang menawarkan pakej percutian di Sunway City Kuala Lumpur dengan diskaun 70 peratus.

Sunway City Promotion
Pakej RM499 termasuk penginapan 3H2M, tiket masuk ke taman tema Sunway Lagoon untuk 4 orang dan baucar Sunway Pyramid RM200

Pakej RM499 untuk pakej ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway” termasuk:

  • Penginapan selama 3 hari 2 malam di Hotel Sunway Pyramid termasuk sarapan
  • 2 tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk dewasa
  • 2 tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Baucar membeli-belah di Sunway Pyramid bernilai RM200

Nilai asal pakej ini termasuk penginapan dan tiket taman tema bernilai RM1,599, tetapi anda hanya perlu bayar RM499 sahaja jika anda beli sekarang hingga 20 Julai 2020.  Ini antara promosi yang sangat berbaloi untuk anda sambar bagi merancakkan kembali industri pelancongan negara.

Tempoh penginapan bermula dari 7 Julai hingga 31 Oktober 2020.

Tempah segera melalui laman rasmi Sunway City di https://www.sunway.city/kualalumpur/kesanakesini/

 

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here