Sebagai penghargaan kepada pasukan perubatan dan undang-undang, TGV menawarkan tiket wayang percuma untuk semua frontliners yang telah bertungkus-lumpus menangani virus COVID-19!
Tiket percuma boleh ditebus di 8 cawangan TGV iaitu:
- Dpulze
- Permaisuri Imperial City Mall Miri
- Setiawalk
- Sunway Putra
- Sunway Pyramid
- Sunway Velocity
- Vivacity Megamall
- Wangsa Walk

Cara untuk menebus tiket wayang percuma sangat mudah, anda hanya perlu tunjukkan ID kerja anda di kaunter, staff akan mencatat maklumat anda boleh pilih filem dan tempat duduk yang anda ingin tonton!
Syarat sah penebusan tiket percuma ini ialah seperti berikut:
- Promosi sah dari 9 hingga 15 Julai 2020 sahaja.
- Promosi terbuka untuk semua barisan perubatan dan penguatkuasa undang-undang (doktor, jururawat, pegawai tentera, dan pegawai polis).
- Hanya satu (1) penebusan dibenarkan setiap barisan hadapan sepanjang tempoh promosi.
- Penebusan hanya boleh dilakukan di kaunter tiket lokasi terpilih.
- Promosi hanya sah untuk panggung “Classic Hall” sahaja.
- Promosi tertakluk pada ketersediaan filem dan tempat duduk.
- TGV Cinemas berhak untuk menyemak terma dan syarat ini tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Maklumat lanjut berkenaan dengan promosi sila rujuk di sini.