Desaru Coast tawar promosi beli 1 percuma 1 untuk tiket Adventure Waterpark

0
5655

Berita baik untuk rakyat Malaysia!

Adventure Waterpark yang terletak di Desaru Coast, Bandar Penawar Johor kini sedang mengadakan promosi sempena pembukaan semula taman tema air tersebut.

Taman tema yang kini masuk ke tahun ke-2 pembukaannnya ini baru sahaja melancarkan promosi beli 1 percuma 1 untuk istimewa untuk pemegang kad berwana biru iaitu MyKad.

Bagi warganegara Malaysia, harga tiket masuk ke Desaru Cove Adventure Waterpark bermula dari RM39 untuk kanak-kanak & warga emas dan RM59 untuk dewasa.

Desaru Cove Adventure Waterpark

Harga tiket masuk ke Desaru Cove Adventure Waterpark bermula dari RM39 untuk kanak-kanak & warga emas dan RM59 untuk dewasa.

Tempoh pembelian tiket promosi bermula dari 9 Julai hingga 30 Ogos 2020. Manakala tempoh lawatan bermula dari 9 Julai hingga 31 Ogos 2020

Tempahan boleh dibuat melalui laman rasmi Desaru Coast pada bahagian Adventure Waterpark. Anda perlu pilih tiket sekurang-kurangnya 2 orang kemudian masukkan kod promosi WEAREOPEN untuk dapatkan diskaun 50%.

Anda perlu pilih tiket sekurang-kurangnya 2 orang kemudian masukkan kod promosi WEAREOPEN untuk dapatkan diskaun 50%.
Terletak dalam kawasan seluas 12,000 ekar, taman tema Adventure Waterpark ini boleh memuatkan sehingga 12,000 pengunjung dalam satu-satu masa menjadikan ia tersenarai antara salah satu taman tema air terbesar di dunia!

 

 

Desaru Cove Adventure Waterpark juga memiliki kolam ombak terbesar di Asia Tenggara.

Sementara masih kurang dengan kunjungan pelancong luar negara, inilah masanya untuk anda menikmati percutian dengan membawa keluarga dan rakan-rakan anda beriadah di sini!

Serius memang berbaloi-baloi harganya!

Untuk tempahan atau terma dan syarat promosi ini, sila layari www.desarucoast.com

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here