A’Famosa Water Theme Park tawar harga promosi serendah RM18

0
18671

Sekarang taman-tema seluruh Malaysia berlumba-lumba adakan promosi bagi menarik kembali pengunjung datang ke tempat mereka. A’Famosa Water Theme Park juga tak terkecuali adakan promosi mereka!

Taman tema yang terletak di Alor Gajah, Melaka ini sedang mengadakan promosi bermula 1 Julai yang lalu hingga 21 Julai 2020. Tiket masuk berharga RM28 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak.

Tiket masuk ke A’Famosa Water Theme Park bermula dari RM18 untuk kanak-kanak dan RM28 untuk dewasa.
A’Famosa Water Theme Park memiliki vuvuzela yang dikatakan tertinggi, terpanjang, dan terluas di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, panjang diameter paling lebar 18.3 meter dan panjang keseluruhan adalah 108 meter. Syok gila wei!

Apa yang menarik tentang promosi kali ini, harganya tetap tidak kira anda datang pada hari biasa (Isnin-Khamis) atau hujung minggu (Jumaat-Ahad) sehingga 31 Disember 2020!

Contoh harga tiket masuk ke A’Famosa Water Theme Park untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak hanya RM74.00 sahaja!

Menerusi laman tasmi A’Famosa Resort, mereka turut menawarkan beberapa lagi aktiviti seperti:

  • Penginapan di Condo D’Savoy Stay serendah RM89
  • Penginapan di A’Famosa Villa serendah RM499
  • Tiket masuk ke A’Famosa Safari Wonderland bermula RM31
  • Aktiviti golf hanya RM88
  • Antara promosi lain yang anda boleh lihat di laman rasmi A’Famosa Resort. Sila layari https://www.afamosa.com untuk maklumat lanjut.

Sangat berbaloi jika anda bawa keluarga datang ke sini untuk bercuti di Melaka. Apa tunggu lagi? Segera buat tempahan anda di laman rasmi A’Famosa Resort di https://www.afamosa.com

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah:

A’FAMOSA RESORT
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka(Malacca), Malaysia

Tel: +(60)6-552 0888   |   Email : enquiries@afamosa.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here