Wow! Pulau Ini Hanya Terima Tetamu Yang Pernah Kena COVID

0
3256

Bila dah namanya musim pandemik. Memang minta simpanglah nak jumpa orang yang ada virus. Perasaan paranoid itu masih kuat walaupun orang itu dah disahkan bebas daripada virus.

Ini ada satu cerita menarik di kepulauanĀ  Brazil bernama Fernando de Noronha mengizinkan mana-mana pengunjung yang pernah ada sejarah terkena COVID 19 untuk bercuti di pulau tersebut.

Syaratnya, sesiapa yang berhajat nak mengunjungi pulau tersebut kena bagi dua hasil ujian COVID19 yang diambil 20 hari sebelum hari kedatangan.Pertama, ujian PCR dan ujian antibodi.

Hasil ujian tersebut akan menunjukkan jika mereka mereka mempunyai virus masih aktif dan memeriksa adakah antibodi mereka boleh melawan virus tersebut.

Pulau ini sekarang sedang dibuka pada tahap pertama. Jadi, hanya mereka yang pernah terkena virus COVID dan sembuh sahaja dibenarkan untuk masuk ke pulau ini.

Syarat lain yang dikenakan ialah setiap pengunjung mestilah mempunyai kekebalan tubuh yang tinggi untuk mengelakkan terinfeksi.

Sumber: Kompas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here