Gadis Ini Kongsi Lokasi Pantai Cantik Di Terengganu Ramai Tak Tahu!

0
4070

Terengganu memang terkenal sebagai salah satu negeri tarikan pelancong dan lokasi wajib pergi semua orang. Makanan sedap, orangnya ramah dan banyak tempat-tempat alam semulajadi yang memang jadi pilihan pelancong seluruh dunia.

Mungkin sebelum ini korang dah biasa dengar orang pergi Pulau Perhentian, Pulau Redang mahupun Pulau Kapas yang selalu menjadi pilihan pengunjung. Tapi seorang traveler bernama Ayu Hasman ada berkongsi lokasi lain di Terengganu yang tidak kurang cantiknya.

Kalau korang nak tahu Kampung Mangkuk di Terengganu ini memang bagi korang vibes ala-ala kembali ke masa silam. Bukan itu sahaja, banyak juga filem tempatan yang menjadikan tempat ini sebagai lokasi pengambaran filem antaranya Hikayat Merong Mahawangsa dan Pulang.

Pantai di kampung ini pula bersih dan pasirnya halus. Suasana yang mendamaikan ini memang sesuai kalau nak dijadikan spot OOTD yang semestinya lain daripada yang lain. Nak lebih ‘feel’ korang datanglah dengan berbaju kurung ala-ala zaman dulu.

Kata Ayu lagi, antara masa yang paling best untuk pergi ke sini ialah pada waktu petang ketika matahari hampir terbenam. Sementara nak tunggu matahari terbenam, korang bolehlah pergi memancing di sungai Setiu yang terletak bertentangan dengan kawasan pantai.

Terdapat beberapa pilihan homestay dan resort kalau korang berhajat nak menginap di kawasan ini antaranya Sekepeng Penarek, Terrapuri, Bayu laut homestay,  Bayu beach Penarek.

Selamat bercuti!

Sumber: Facebook Ayu Hasman

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here