Jom Tengok Senarai Tempat Travel Best Di Kota Kelahiran Ahli BTS!

0
319

Bangtan Boys atau BTS adalah kumpulan asal Korea Selatan yang berjaya mencipta fenomena sehingga menjadi kegilaan para ARMY seluruh masyarakat dunia. Baru-baru ini BTS telah dinobatkan sebagai duta pelancongan Korea Selatan.

Setiap daerah kelahiran pelantun lagu Dynamite ini memang mempunyai tarikan yang tersendiri. Kalau korang berkesempatan mengunjungi Negara Ginseng ini, bolehlah ke tempat-tempat yang dicadangkan ini.

Busan (Jimin dan Jungkook)

Tempat kelahiran Jimin dan Jungkook ini merupakan kota kedua terbesar di Korea Utara. Ramai juga yang akan ke Busan terutama sekali apabila menjelang musim panas. Ini adalah port terbaik kalau korang nak makanan makanan laut. Antara kawasan terkenal untuk makan seafood segar ialah di Pasar Ikan Jagalchi. Korang juga boleh ke Pantai Gwangalli, Taman Taejongdae, dan kuil seperti Haedong Yonggungsa.

Ilsan (RM)

Dekat Ilsan, Lake Park selalu menjadi pilihan lokasi pengambaran filem korea. Terutama kalau musim bunga, memang cantik betul.

Gwacheon (Jin)

Di sini terletaknya zoo pertama Korea yang dibangunkan pada tahun 1990. Bukan itu sahaja, korang boleh juga ke Seoul Land yang dipenuhi dengan permainan. Kalau korang suka seni, boleh terus ke National Museum of Contemporary Art dan Gwacheon National Science Museum.

Daegu (Suga dan IV)

Ada banyak benda yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah berkelah di taman dan pergunungan yang cantik terutamanya di kawasan perkampungan Desa Otgol dan Inheung. Korang boleh tengok pemandangan Daegu dari 83 Tower atau hiking di Taman Apsan.

Gwangju (J-Hope)

Tempat makan yang popular di sini ialah lagendaris Cheongwon Momil. Kalau nak kenal budaya kota ini, korang boleh ke Gwangju Asia Culture Center atau Gwangju Museum of Art. Bukan itu sahaja, korang pun boleh jalan-jalan di Dongmyeong-dong Cafe Street.

Sumber:CNN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here