AirAsia tawar tiket penerbangan & penginapan 3H2M di Sunway City serendah RM99!

0
2872

KUALA LUMPUR, 10 September 2020 – Dalam usaha untuk merancakkan lagi sektor pelancongan domestik, AirAsia.com dan Sunway Group kini bekerjasama untuk menawarkan lebih nilai kepada para pelancong dengan harga tiada bandingan untuk pakej penerbangan dan hotel serta aktiviti dan banyak lagi.

Kerjasama ini dimulakan dengan Jualan Kilat SNAP yang menawarkan penerbangan pergi balik ke Kuala Lumpur dan penginapan selama 3 hari 2 malam di Sunway Pyramid Hotel, bermula RM99* seorang. Jualan Kilat SNAP ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 11 September 2020 dari jam 10 pagi (sehingga habis terjual) di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan dari 19 September hingga 10 Disember 2020.

Penginapan lain di bawah Sunway Hotel and Resorts Group di Malaysia termasuklah Sunway Putra Hotel (Kuala Lumpur), Sunway Velocity Hotel (Kuala Lumpur) Sunway Clio Hotel (Kuala Lumpur Sunway City) dan Sunway Hotel Georgetown (Pulau Pinang) juga boleh ditempah melalui SNAP termasuk pakej penerbangan dan hotel dengan nilai terbaik.

Jualan Kilat SNAP ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 11 September 2020 dari jam 10 pagi (sehingga habis terjual) di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan dari 19 September hingga 10 Disember 2020.

Untuk melengkapkan pengalaman percutian, tempahan tiket masuk ke Sunway Lagoon Theme Park juga boleh didapati di airasia.com (di pautan Activity) atau ditebus menggunakan BIG Loyalty Poin. Selain itu, Sunway Lagoon Annual Pass yang merupakan pas tahunan juga akan tersedia secara eksklusif di airasia.com mulai 28 September 2020 dengan nilai terhebat.

Sumber: AirAsia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here