Tak Sangka Travel Ke Kampung Boleh ‘Fun’ Gila! Korang Wajib Cuba 6 Aktiviti Ini

0
2691

Kalau sembang tentang travel ini, selalunya korang mesti akan jadikan bandar, glamping atau pulau sebagai lokasi percutian. Kali ini apa kata korang try benda baru pula iaitu melancong ke kampung.

“Apa je yang best dekat kampung?”

Mesti korang terfikir benda ini kan? Jangan tak tahu, Kampung Parit 2 yang terletak di Sabak Bernam adalah lokasi perfect kalau korang nak cuba benda yang baru. Tak la jauh mana, kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur sekiranya korang ingin lari daripada hiruk-pikuk kota.

Foto: Zarnizar

Selangor mempunyai lebih daripada 300 kampung tradisi yang bukan sahaja dihiasi dengan pemandangan sawah yang menenangkan, malah kaya dengan adat dan budaya masyarakat yang tersendiri. Jadi, dalam artikel ini kami nak bagi cadangan 6 aktiviti yang korang wajib cuba di Kampung Parit 2, Sabak Bernam. Terutama kalau korang yang tak pernah merasa pengalaman mempunyai kampung halaman. Jom!

Buat orang-orang

Kampung Parit 2 memang terkenal dengan keindahan sawah yang menghijau. Bagi mendapatkan hasil padi yang elok, pesawah akan membuat orang-orang bagi menghalau burung yang selalu hinggap merosakkan tanaman. Orang-orang yang dibuat pula kenalah mempunyai ciri-ciri yang ‘seram’ supaya burung tak berani mendekati bendang. Korang boleh cuba aktiviti membuat orang-orang ini nanti.

Minum tebu

Sebenarnya kedai ini ada sejarah yang tersendiri. Ketika COVID 19 melanda negara awal tahun ini, keluarga ini berbincang bagaimana untuk mendapatkan duit tambahan memandangkan eksport jualan bunga Orkid mereka terganggu. Akhirnya mereka memutuskan untuk membuka gerai di tepi jalan. Berkat kegigihan meeka, Laman Tebu Aidil menjadi viral. Wajib cuba air tebu dekat sini sambil minum sambil melihat sawah menghijau. Sumpah best! Bukan itu sahaja, gerai ini pun ada port ambil gambar cantik tau. Mula dibuka pada jam 2 petang. Jemput datang!

Foto: Aizad Aidid

Main baling kelapa

Kalau main bowling dekat mall mesti korang dah biasa kan? Meh sini kita main versi kampung. Guna kelapa dengan botol air. Barulah dapat tengok handal ke tidak.

Foto: Zarnizar

Petik Jagung

Selain padi, antara produk lain yang terkenal dekat kampung ini ialah jagung. Banyak juga produk berasaskan jagung yang ada dekat kampung ini contohnya macam lepat jagung, cengkodok jagung dan semestinya air jagung yang fresh. Korang boleh juga belajar macam mana nak petik jagung. Rupanya, korang boleh makan jagung macam itu sahaja lepas dipetik dan rasanya sangat rangup!

Foto: EytaJuwita

Tangkap Keli

Kalau selama ini korang hanya beli sahaja keli di kedai. Apa kata kali ini korang belajar sendiri macam mana nak menggagau ikan dalam kolam ini. Jangan risau, kolam ini tak ada pacat atau lintah. Mari kita tengok berapa banyak ikan korang dapat. Rahsianya, korang kena tenang dan pegang kepala dia supaya tak tergelincir dari genggaman.

 

Foto: Hasif Hamsyari
Foto: Nuargtm

Nikmati pemandangan kampung

Tempat cantik begini, kenalah dinikmati seikhlasnya. Jangan lepaskan peluang untuk turun ke batas bendang nak nikmatilah keindahannya. Barulah boleh feeling drama Nur Kasih macam dalam TV tu.

Foto: Aizat Aidid

Tunggu apalagi, cepatlah ke Kampung Parit 2, Sabak Bernam minggu ini dan kongsikan pada kami pengalaman korang. Selamat berkampung!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here