5 Lokasi Tempat Makan Terbaik Di Kuala Selangor Ramai Tak Tahu!

0
3333

Kalau cakap tentang makanan, selalunya orang akan terus jadikan Ipoh atau Penang sebagai lokasi percutian. Kali ini lain sikit sebab kami memang sengaja nak share benda yang rare untuk korang teroka sendiri. Apa kata korang try pula explore lokasi tempat makan di Kuala Selangor yang sebenarnya mantap gila cuma ramai tak tahu.

Hasil daripada penelitian kami, berikut adalah senarai lokasi tempat makan yang korang sendiri boleh cuba jika korang berada di Kuala Selangor.

GH Corner

FOTO: Gaya Travel

Kalau korang suka makan kambing, apa kata korang try nasi arab dekat GH Corner ini sebab maklubah daging dia sumpah empuk dan lembut. GH Corner yang terletak di Bandar Bukit Raja ini merupakan cawangan restoran ini yang ke-32. Cadangan menu untuk korang boleh order ialah maklubah kambing dengan mendi kambing. Masing-masing berharga RM17 dan RM 15 sepinggan. Kalau nak seimbangkan rasa rempah, korang gandingkan dengan minuman yang berunsurkan lemon tau. Dibuka pada 8 pagi sehingga 10:30 malam.

Warung Soto Pasir Penambang

FOTO: Gaya Travel
FOTO: Gaya Travel

OMG, waktu taip artikel ini pun dah terliur sebab teringat balik rasa soto dekat restoran ini yang sumpah sedap. Kalau korang nak tahu, tempat ini special tau sebab ramuan dalam soto ini merupakan resepi turun menurun 3 generasi. Korang wajib order Soto Special iaitu nasi impit, bergedil, dan ayam yang telah dipotong. Harganya tak lebih RM10.

Ketam Merah Cabin

FOTO: Gaya Travel
FOTO: Gaya Travel

Beralih pula kita ke kedai yang berkonsepkan kabin dengan hidangan laut yang terkenal terutamanya ketam! Kami dah cuba, memang lauk dekat sini sedap nak mampus. Kalau korang peminat makanan laut, ini adalah tempat wajib pergi. Harga ketam RM45 untuk 800 gram. Makanlah puas-puas. Dibuka pada jam 3 petang pada hari biasa dan 12 tengahari pada hujung minggu.

Aunty Kopitiam

FOTO: Gaya Travel
FOTO: Gaya Travel

Silalah pergi ke kopitiam ini kalau nak bersarapan. Pemiliknya bernama Aunty Foo merupakan generasi ketiga yang membawa resepi makanan di kedai ini sejak tahun 1903 lagi. Makanan wajib cuba ialah mi kari, ayam rendang, dan chicken chop hainan. Dibuka pada jam 7 pagi sehingga 4 petang.

D’Bagan Awang

FOTO: Gaya Travel

Ingin menikmati santapan berlatarkan sungai dan bot nelayan? Inilah tempat yang sesuai. Ikan-ikan yang dihidangkan fresh luar biasa. Makan ikan goreng biasa dengan nasi panas pun dah sedap gila. Tapi cadangan kami, makanlah kari ikan dan asam pedas. Memang terangkat.

FOTO: Gaya Travel

Kalau korang ada jumpa teman makan yang best lagi, jangan lupa roger kami pula ok. Share artikel ni dekat kawan-kawan korang tau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here