Ini Cara Paling Bajet Nak Upgrade Trip ‘Camping’ Korang Kepada ‘Glamping’

0
1632

Mesti korang pernah berada dalam situasi nak pergi glamping dengan kawan-kawan, tapi semua tempat glamping dah penuh. Itu belum lagi bab fikir tentang bajet. Ada yang terlalu mahal la dan tak semua kawan-kawan kita mampu nak spent duit yang banyak untuk bercuti.

Jangan risau, kami nak share beberapa tips yang korang boleh buat untuk upgrade camping trip korang kepada glamping. Apa yang korang kena buat ialah baca artikel ini sampai habis, okes!

Pilih lokasi

Pilih lokasi camping korang. Nak dekat tepi pantai ke, tepi sungai ke. Mana-manalah yang boleh korang cacak khemah. Kalau korang cari lokasi yang memang disediakan tempat camping lagi bagus. Sebab selalunya ia dah dilengkapi dengan kemudahan macam tandas untuk memudahkan korang.

Khemah

Dah boleh perlahan-lahan keluarkan khemah yang dah berhabuk dekat dalam stor korang. Kalau korang ada khemah yang besar lagi bagus, lagi feel! Korang boleh jadikan sleeping beg korang lebih cozy dengan alas dan bantal yang warna-warni macam ini. Selimut pun bawa yang selesa dan cantik.

Makanan!

Apalah erti glamping kalau tak ada makanan yang best! Inilah masanya nak buat BBQ dan maggie goreng.Bakarlah ayam ke, sosej ke atau korang nak buat sandwich pun okay. Jangan lupa snack dan buah-buahan. Makanan kena meriah

Fairylight

Nak nampak lebih classy, kenalah ada hiasan macam fairylight. Terus aura camping korang bertukar secara tiba-tiba. Kalau nak lagi cantik, belilah lilin aromaterapi tapi pastikan ia selamat tau.

Kerusi

Korang mungkin nak bersantai-santai depan khemah. Jadi korang perlukan kerusi yang selesa untuk bakar BBQ atau baca buku sambil menikmati keindahan alam.

Itu sahaja tips daripada kami, selamat mencuba!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here