Kalau ditanya apa benda yang boleh buat dekat Kuala Selangor, selalunya orang akan pilih untuk pergi Sky Mirror. Sebenarnya, banyak lagi benda yang korang boleh buat di Kuala Selangor ini. Tak semestinya OOTDÂ je.
Jadi, dalam artikel kali ini, kami nak roger beberapa aktiviti yang korang boleh buat dengan kawan-kawan dan keluarga di Kuala Selangor.
Naik basikal di sawah padi
Dekat Sekinchan, kitorang baru tahu yang diorang ada sediakan perkhidmatan berbasikal di sekitar sawah padi. Kalau korang nak tahu, padi dekat Sekinchan ini lain macam hijaunya. Kami diberitahu bahawa padi di sini merupakan padi terbaik di dunia.
Korang boleh cari kedai ini untuk sewa basikal. Ada macam-macam jenis basikal juga yang korang boleh pilih. Nasihat kami, pergilah waktu pagi supaya korang tak ‘berkicap’ kayuh basikal waktu panas terik.


Minum mango shake
Tak jauh daripada tempat berbasikal itu, korang boleh pergi minum mango shake. Lain sikit mango shake versi kedai ini sebab ada taburan asam boi dekat atas air tu. Not bad juga la, rasa macam masam-masam tapi tak keterlaluan.


Belajar buat kuih kapit
Kuih Kapit adalah antara produk terkenal dekat Kuala Selangor ini tau. Marilah belajar macam mana nak buat kuih ini sebab sebenarnya bahannya tak la susah mana. Pada masa yang sama belilah sebalang dua dekat akak ini. Punyalah peramah. Dia baru perkenalkan Kuih Kapit perisa durian tau. Cepatlah serbu!



Tonton pertunjukan Kuda Kepang
Inilah masanya untuk mempelajari sedikit sebanyak mengenai tarian tradisional masyarakat di sini. Di Kampung Bukit Cherakah mereka masih memelihara tarian tradisi ini dan korang pun boleh belajar macam mana tarian Kuda Kepang ini. Jangan risau tak ada unsur mistik.


Pergi kolam air panas

Belah malam pula, korang boleh singgah ke Kolam Air Panas Cholo-Cholo. Tapi lokasi dia agar jauh dan pedalaman sikit tau. Jangan pergi terlalu malam sangat. Korang boleh tempah bilik khas kalau tak nak bercampur dengan orang ramai. Air panas ini memang semulajadi mengalir daripada sumber air yang berdekatan tempat ini.

Selamat mencuba!