Korang Geng Food Hunter? Ini 5 Makanan Wajib Cuba Di Hulu Selangor!

0
1911

Korang mesti tak tahu apa yang best dekat Hulu Selangor kan? Tapi mengikut pengalaman kami, tempat ini serius memang sangat tenang dan berpotensi besar dijadikan pusat peranginan untuk mereka yang cintakan alam semula jadi.

Tapi, pengembaraan kami di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini telah menemukan kami bukan hanya dengan keindahan alam tapi juga dengan makanan yang sumpah sedap. Kalau korang geng food hunter, ini senarai makanan korang wajib cuba di Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor ini.

FOTO: Gaya Travel

Hailam Chicken Chop (Sun Sun Nam Cheong)

FOTO: Gaya Travel

Kalau korang tanya penduduk di Kuala Kubu Bharu, kedai Sun Sun Nam Cheong ini memang sudah popular di sana. Pemiliknya ialah Uncle Tan yang sangat ramah. Resepi makanan di restoran ini sudah berusia 100 tahun. Sultan Selangor pun suka makan dekat kedai ini tau. Menu pertama yang korang wajib order ialah Hailam Chicken Chop. Sumpah lain macam dia punya crunchy.

Toast (Sun Sun Nam Cheong)

FOTO: Gaya Travel

Benda kedua yang korang patut cuba ialah roti dia. Pendapat peribadi kami, toast dia lain macam mengancam. Kaya dia sedap betul dan rotinya rangup dimakan. Bila balik KL sumpah teringat-ingat roti dia. Makan dekat kedai kopitiam area KL ini tak ada yang sama dengan toast dekat kedai Uncle Foo!

Mi Hailam (Sun Sun Nam Cheong)

Foto: Gaya Travel

Orang dekat sini kata, kalau sampai Kuala Kubu Bharu kena rasa mi hailam Uncle Foo. Sebagai seorang yang tak gemar makan mi, siapa sangka mi hailan Uncle Foo ini berjaya menambat hati kami. Cukup rasa, cukup masin, cukup segalanya! Kedai Sun Sun Nam Cheong ini halal tau dan dibuka pada jam 7 pagi sehingga 2:3o petang. Sedikit info, kedai ini memang ramai tau. Pukul 6 pagi orang dan beratur. Jadi, semoga berjaya!

Nasi Lemak Pandan ( Butik Schanteq)

FOTO: Gaya Travel
FOTO: Gaya Travel

Kedai yang seterusnya ialah warung kecil bernama Butik Schanteq. Lokasinya betul-betul dekat Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu. Ceritanya, dulu pemilik warung ini bernama Kak Scha buka butik. Tapi tak begitu memberangsangkan. Bila dia mula jual makanan, rezeki makin bertambah. Akhirnya dia fokus kepada perniagaan makanan.

Tapi geng, nasi lemak pandan dekat kedai ini adalah yang paling sedap kami pernah rasa. Resepinya dicipta sendiri oleh pemilik kedai ini.

Char Kuey Teow Pineng (Butik Schanteq)

FOTO: Gaya Travel

Di kedai yang sama, di sebelah malam pula ada Char Kuew Teaw Pineng yang sedap. Tak pedas sangat. Makan pula waktu panas dengan telur mata. Padu!

Bakso (Butik Schanteq)

FOTO: Gaya Travel

Bakso juga adalah menu yang laku keras di gerai ini. Harganya baru RM5 tapi nikmatnya sumpah terasa. Bebola yang lembut, sup yang cukup rempahnya memang menyelerakan. Boleh makan dengan kawan-kawan untuk menambahkan kelazatan.

Itulah cadangan makanan wajib cuba di kedai yang kami cadangkan. Korang boleh juga explore kedai lain dan menu lain. Kalau ada yang lebih padu, boleh share dengan kami.

Bolehlah kita terjah beramai-ramai dan majukan bisnes anak tempatan kita. Ayuh!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here