“Road Trip” Cara Terbaik Untuk Travel di Musim Pandermik

0
1098

Kalau sebelum ini korang lebih selesa travel menggunakan kapal terbang, keretapi atau bas. Mungkin korang dah boleh perlahan-lahan beralih arah memberi tumpuan kepada road trip sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Ia juga merupakan saranan yang diberikan oleh pakar seperti Dr. Amanda Castel yang merupakan seorang profesor di bahagian epidemiologi Milken Institute School of Public Health di The George Washington University. Beliau mengatakan situasi travel road trip membuatkan korang lebih berhati-hati dan kurang berinteraksi dengan orang yang tak dikenali berbanding dengan situasi semasa menaiki kapal terbang.

Tapi ingat, walaupun korang memang la tengah bergembira dan bercuti, tapi COVID 19 ini tak pernah berhenti tau! Banyak dah negara yang tunjuk kalau kita leka menjaga keselamatan dan kesihatan, kes COVID 19 ini akan meningkat dua kali ganda.

Jadi, kalau anda ada rancang nak pergi road trip minggu ini. Berikut adalah beberapa langkah penjagaan yang kami nak cadangkan.  

Bawa benda penting Kalau sebelum ini antara perkara yang termasuk dalam senarai barangan penting korang ialah kamera. Musim pandemik ini apa kata pastikan barang seperti penutup hidung dan mulut dan hand sanitizer sebagai barangan wajib ada dalam beg tangan. Jadikan ianya benda wajib pakai sepanjang travel.

Sihat ke tak?

Walaupun yang pergi trip itu adalah kawan-kawan kita. Tapi pastikan mereka semua sihat dan tak ada apa-apa gejala. Yelah, kita akan bersama-sama dalam perjalanan yang panjang dan bakal berkongsi udara yang sama. Lebih baik kita buat persediaan awal-awal.

Elak tempat ramai orang

Destinasi yang korang pilih itu pula kena tengok betul-betul tau. Elakkan pergi ke tempat yang ramai orang seperti pusat beli-belah, tandas awam dan lain-lain.

Hirup udara segar

Jangan terlalu manja dengan pendingin hawa. Sesekali itu bukalah tingkap dan hiduplah udara segar. Ia juga sangat membantu kesihatan fizikal dan mental. Bukan itu sahaja, carilah tempat penginapan yang mendamaikan dan membantu korang untuk mendapatkan udara yang lebih baik.

Kita semua kena biasakan hidup di norma baharu. Kalau sebelum ini korang banyak habiskan masa travel ke kota dengan menaiki kapal terbang. Apa salahnya sepanjang musim pandemik ini kita ubah sikit gaya. Okay tak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here