Alam ni sebenarnya cantik. Apalagi kalau air terjun di celahan gunung-ganang. Damai betul rasanya. Sejuk mata memandang. Tapi, tak semua benda yang cantik itu selamat.
Kecuraman air terjun sebenarnya boleh membunuh. Jadi, terdapat beberapa air terjun yang nampak indah tapi telah disenaraikan sebagai antara yang paling berbahaya di dunia.
Angel, Venezuela
Terletak di Gunung Auyantepui, Taman Negara Canaima Venezuela. Ia berada di atas tebing yang curam dengan ketinggian 979 meter.

Victoria, Zimbabwe
Terletak di Zambia, Zimbabwe Afrika. Tempat pelancongan ini juga dikenali sebagai The Devil’s Pool.

Salto de Tequendama, Columbia
Air terjun ini berada di paras 515 kaki di atas batuan.
Mongefossen, Norway
Terletak di Norwegia, air terjun ini memiliki ketinggian 773 meter. Air terjun ini akan kering semasa musim panas.
Kegon, Japan
Terletak di Taman Negara Nikko, Jepun. Ia berketinggian 97 meter. Disekitarnya terdapat 12 air terjun kecil. Oleh sebab air terjun ini bahaya, ia juga dikenali sebagai tempat bunuh diri. Katanya ada 2000 orang yang dah lompat terjun dari sana.

Jadi, demikianlah antara 5 air terjun yang dikatakan berbahaya di dunia. Kalau dekat Malaysia, agak-agak ada ke air terjun yang sampai meragut nyawa?