Singapore Airlines Ajak Penumpang Lepak Dalam Flight 3 Jam

0
66

Ini ada trend menarik yang tengah berkembang sekarang oleh syarikat penerbangan di seluruh dunia. Semenjak berlakunya pandemik, banyak syarikat penerbangan menawarkan penerbangan tanpa tujuan. Maksudnya, korang boleh naik pesawat dan lepak dalam tu selama tiga jam tanpa ada tujuan ke mana-mana.

Antara syarikat yang sedang menjalankan  trend ini ialah Singapore Airlines. Korang boleh naik kapal terbang selama tiga jam dari lapangan terbang Changi dan kembali semula.

Walaupun tak jauh, tapi setidaknya penumpang boleh merasa berlepas di lapangan terbang terbaik dunia.

Katanya mereka akan memulakan operasi terbaru ini pada bulan Oktober. Ia sebagai usaha syarikat berkenaan untuk memastikan kerelevanan syarikat itu dalam suasana pandemik ini.

Walaupun trend ini sedang dipertimbangkan oleh syarikat penerbangan lain, namun Singapore Airlines adalah syarikat pertama yang memperkenalkan penerbangan tanpa tujuan ini.

Korang rasa kalau dekat Malaysia buat macam ni, laku tak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here