Tips Meloloskan Diri Dikejar Babi Hutan Waktu Hiking?

0
110
FOTO: Eytajuwita

Sekarang ini ramai juga yang tengah merancakkan kembali ekonomi pelancongan negara. Setiap kali hujung minggu, setiap hotel mesti penuh. Macam-macam aktiviti yang dilakukan. Ada yang pergi snorkeling, peling strawberry dan tak lupa juga yang lebih ekstrem pergi mendaki gunung yang jarang dijejaki orang.

Cabarang waktu hiking ini memang luar biasa padunya. Ada yang terserempak ular, digigit pacat dan paling tak best kalau kena kejar dengan binatang buas macam babi hutan.

Jadi, ini ada beberapa tips yang korang boleh buat kalau terserempak dengan babi hutan.

FOTO: Eytajuwita

Jangan panik

Bila dah nampak babi memang korang akan terkejut punya. Tapi babi di dalam hutan biasana akan melintas. Korang kena tenang, undur perlahan-lahan dan jangan banyak gerakkan. Biarkan dia melintasdi trek pendakian korang.

Tetamu

Kalau korang mendaki, korang kena ingat yang korang hanyalah tetamu. Korang kena menghormati penghuni gunung itu. Jadi, jangan buat kecoh sampai haiwan itu rasa terganggu.

FOTO: Eytajuwita

Naik atas pokok

Kalau dah kena kejar dengan babi, korang boleh panjat dan naik atas pokok. Kemahiran panjat pokok ini mesti kena ada kalau korang memang nak hiking ke tempat-tempat yang mencabar.

Jangan sepahkan kawasan camp

Salah satu sebab kenapa haiwan liar berkeliaran disebabkan oleh sisa makanan dan sampah yang berselerak di kawasan camp. Jadi, pastikan korang tak tingalkan apa-apa sampah  terutama tulang ikan atau ayam.

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here