10 Lokasi Glamping Paling Popular di Malaysia – 2020

0
7542

10 Lokasi Glamping Paling Popular di Malaysia – 2020

Ramai orang suka bercuti di tempat mewah-mewah dan glamour, tapi ada juga yang suka percutian yang tenang dan berkonsepkan perkhemahan di hutan. Pastinya sekarang korang boleh rasai pengalaman bercuti dengan kedua-dua kombinasi ini dengan adanya konsep “Glamping”.

Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour’ dan camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan. Ia juga dikenali sebagai aktiviti percutian berkonsepkan ala perkhemahan.  Melalui glamping, korang akan menikmati citarasa mewah tetapi masih lagi dekat dapat menikmati persekitaran alam yang indah. Artikel kali ini mengumpulkan 10 lokasi Glamping paling popular di Malaysia untuk korang bercuti! Jadi korang bolehlah merancang percutian sekarang!

  1. A’moss Farmstay, Cameron Highland, Pahang.

Foto : instagram @amoss_farmstay

Terletak di Cameron Highland, A’moss Farmstay memberikan korang pengalaman tinggal di persekitaran ladang sayur-sayuran dan buah-buahan. Salah satu lokasi menarik dan cantik kerana tempat penginapan berbentuk dom dan juga mempunyai pemandangan indah.

Antara yang ditanam di sekitar adalah sayur-sayuran, buah strawberry, blueberry dan pelbagai lagi yang ditanam secara organik dan anda boleh membeli ketika anda menginap di sini.

Foto : instagram @amoss_farmstay
Foto : instagram @amoss_farmstay

Lokasi : A’moss Farmstay ,Kampung Gerak Sepadu,Brinchang ,39000  Cameron Highland.

Harga Penginapan : Bermula daripada RM250 

Laman Web : https://www.amossfarmstay.com/

  1. Tadom Hills Resort, Banting, Selangor. 

Foto : instagram @tadomhillresorts

Hanya 45 minit sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) , Tadom Hill Resorts menjanjikan gabungan pengalaman yang unik lagi menarik untuk korang semua.

Tadom Hill Resorts dibina dan direka menggunakan hampir kesemuanya menggunakan buluh – bahan utama yang digunakan oleh Orang Asli. Selain menggunakan ciri-ciri buluh, di sini juga memberikan pengalaman gabungan antara citarasa Orang Asli dan juga resort mewah.

Foto : instagram @tadomhillresorts
Foto : instagram @tadomhillresorts

Lokasi : Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Harga Penginapan : Bermula daripada RM130

Laman Web : https://tadomhillresorts.com/

  1. Time Capsule Retreat, Kuantan, Pahang. 

Foto : instagram @timecapsuleretreat
Foto : instagram @timecapsuleretreat

Resort kecil yang indah ini bermula sebagai salah satu tempat percutian khas untuk keluarga pemilik. Kemudian pada tahun 2014, Kevin telah terinspirasi dengan alam semulajadi apabila membawa rakan-rakan ke Sungai Lembing dan mewujudkan tempat yang menggabungkan alam semulajadi dan kemewahan bandar.

Salah satu tempat yang korang wajib singgah dan bercuti, tambahan pula untuk korang yang suka bergambar, tempat ni memang sangat Instagramable!

Foto : instagram @timecapsuleretreat

Lokasi : Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Harga Penginapan : Bermula daripada RM118

Laman Web : https://www.timecapsuleretreat.com

  1. Dusun Bonda, Batang Kali, Selangor

Foto : instagram @dusun_bonda

Dusun Bonda memberikan korang pengalaman yang indah, persekitaran yang cantik serta eksklusif. Pelbagai kemudahan untuk korang bersama keluarga bercuti dan menghabiskan masa disini.

Berkeluasan 2.1 ekar di kawasan tanah dusun,selain pemandangan hutan yang indah, disini juga terdapat sungai yang mengalir cantik, air terjun dan juga kolam.

Semuanya bermula apabila rasa cinta kepada keindahan alam oleh pemilik dan kemudian datanglah idea untuk percutian sekeluarga dengan dikelilingi rimbunan hijau.

Foto : instagram @raihanatrmn
Foto : instagram @roomie.travels

Lokasi : Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor

Harga Penginapan : Bermula daripada RM350

Laman web : https://www.dusunbonda.com/

  1. Glamz at Genting, Genting Highland, Pahang. 

Foto : instagram @tanahairku.kuptm

Glamz at Genting menawarkan korang pengalaman mewah yang paling menarik! Tak perlu lagi ke First World Hotel di Genting, korang boleh terus bercuti dan rasa pengalaman glamping dekat sini.

Ada beberapa jenis tempat penginapan yang disediakan antaranya Dome Room,  VIP Dome with Private Jacuzzi, Bell Tent dan juga Family Dome.

Foto : instagram @iloveyummyfoodbylushia

 

Foto : instagram @tanahairku.kuptm

Lokasi : Lot PT22637, PT22638, PT22639, PT22640, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Negeri Pahang.

Harga Penginapan : Bermula daripada RM300

Laman web : https://glamz.com.my/

  1. Umea Glam Kundasang, Kundasang, Sabah. 

Foto : instagram @umeaglam.kundasang

Umea Glam Kundasang diusahakan oleh empat orang Sabahan yang cintakan keindahan alam semulajadi dan aktiviti luar.  Umea Glam Kundasang ini terletak di kawasan Kundasang, Sabah yang sememangnya lokasi sangat indah. Apa yang lebih menarik adalah nama Umea ini merupakan nama sebuah bandar di negara Sweden!

Menginap di kaki gunung, melihat keindahan langit dan sebagainya sememangnya pengalaman yang korang tak boleh lepaskan!

Foto : instagram @umeaglam.kundasang
Foto : instagram @umeaglam.kundasang

Lokasi  : Jln Golf Course Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

Harga Penginapan : Bermula daripada RM250

Laman web : https://umeaglam-kundasang.com/

  1. Chengal Resort, Janda Baik, Pahang. 

Foto : instagram @chengalresort

Chengal Resort sememangnya sangat unik dan bakal memberikan korang pengalaman alam sekitar yang mendamaikan dan tenang. Terletak di Janda Baik, Chengal Resort memberikan korang pengalaman  kampung yang indah, selain menikmati kemudahan yang tersedia lengkap.

Ada pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan dekat sini, antaranya mandi di sungai, berkelah, BBQ, berbasikal, jungle trekking, memanah , menaiki kenderaan 4×4 dan pelbagai lagi.

Foto : instagram @chengalresort
Foto : instagram @chengalresort

Lokasi : Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750, Pahang, Malaysia. 

Harga Penginapan : Bermula daripada RM250

Laman web : https://www.facebook.com/chengalresort/

  1. Gopeng Glamping Park, Gopeng, Perak. 

Foto : instagram @gopengglampingpark

Dikelilingi bukit bukau, sungai, gua dan hutan, Gopeng Glamping Park menawarkan pengalaman unik dengan pemandangan alam semulajadi, sesuai untuk percutian korang bersama keluarga, rakan-rakan mahupun mereka yang tersayang.

Lokasi di Gopeng memberikan satu lagi faktor yang menarik kerana Gopeng merupakan salah satu lokasi pelancongan alam semulajadi terbaik di Malaysia. Apa yang menarik adalah aktiviti-aktiviti yang korang boleh lakukan di sini antaranya aktiviti kebudayaan, warisan dan sejarah, aktiviti lasak dan pelbagai lagi. 

Foto : instagram @gopengglampingpark
Foto : instagram @gopengglampingpark

Lokasi : LOT 10846, Jln Besar, kampung chulek, 31600 Gopeng, Negeri Perak

Harga Penginapan : Bermula daripada RM158

Laman web : https://www.gopengglampingpark.com/

  1. Tiarasa Escapes, Janda Baik, Pahang. 

Foto : instagram @tiarasaescapes

Tiarasa Escapes terletak di Janda Baik hanya sekitar 30 minit sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur. Berkeluasan 7 ekar, sememangnya satu lokasi yang sangat sesuai untuk korang bercuti dan merasai ketenangan di sini.

Mempunyai 20 khemah mewah gaya safari dan juga 5 rumah pokok indah. Dikelilingi pergunungan, hutan-hutan dan alam semulajadi yang indah tanpa gangguan kesibukan kota. Aktiviti yang korang boleh buat disini antaranya piknik di tepi sungai, melihat bintang-bintang, lepak di unggun api dan pelbagai lagi yang memberikan korang pengalaman indah bersama yang tersayang.

Foto : instagram @tiarasaescapes
Foto : instagram @tiarasaescapes

Lokasi : Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Harga Penginapan :  Bermula daripada RM990

Laman web : https://www.tiarasaescapes.com/

  1. Tanah Aina Fahad, Raub, Pahang. 

Foto : http://www.tanahaina.com/fahad/

Tanah Aina Fahad terletak di berdekatan dengan air terjun Lata Jarum yang terletak di Sungai Dong, Ulu Dong, Raub, Pahang. Di sini korang boleh melihat pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran tempatan ditanam secara organik dan digunakan dalam masakan anda. 

Terdapat pelbagai jenis pohon yang cantik, pelbagai jenis pepatung, rama-rama dan pelbagai lagi jenis serangga. Bunyian air sungai yang sentiasa menemani korang, memberikan rasa tenang dan nyaman.

Sama ada korang datang untuk bercuti, menyambut majlis atau sebagainya, Tanah Aina Fahad ini mempunyai pelbagai jenis tempat penginapan yang selesa dan boleh memuatkan seramai 120 orang.

Foto : http://www.tanahaina.com/fahad/
Foto : http://www.tanahaina.com/fahad/

Lokasi : Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang

Harga Penginapan : Bermula daripada RM270

Laman web : http://www.tanahaina.com/fahad/

Bagaimana dengan semua lokasi glamping yang tersenarai ni? Best kan? Korang bolehlah mula merancang untuk bercuti dan ber’glamping’ di lokasi-lokasi yang tersenarai ini! Selain dapat merehatkan minda dan menenangkan fikiran, korang jugak dapat eratkan silaturahim sesama keluarga dan rakan-rakan.

Sekian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here