Kenapa Setiap Hotel Ada ‘Bintang’ Berbeza? Jom Baca!

0
1460

Korang pernah tak terfikir, apa ciri-ciri yang membuatkan sesebuah hotel ini memiliki rate bintang yang berbeza. Kadang kita rasa hotel itu dah padu, tapi ia baru bertaraf 4 bintang. Jadi apa yang sebenarnya menentukan bintang di setiap hotel?

Hotel Satu Bintang

Lahh, wujud ke hotel satu bintang? Selama ini korang selalu dengar lima bintang je kan. Okeylah, hotel bertaraf satu bintang ini kalau korang nak tahu biasanya diuruskan oleh pemiliknya sendiri. Saiznya pun kecil sahaja kira-kira 20 meter persegi dan bilik mandi di dalam. Selalunya hotel macam ini banyak dekat tempat yang ramai dan ada akses pengangkutan awam.

Hotel Dua Bintang

Akses nak pergi hotel ini selalunya mudah. Lokasi hotel dua bintang selalunya bersih dan tenang. Mestilah mempunyai keluasan bilik 22 meter persegi. Ada TV, bilik mandi, telefon, dan pendingin hawa. Hotel juga mestilah mempunyai lobi dan kemudahan untuk bersenam.

Hotel Tiga Bintang

Terletak di tempat yang mudah mendapatkan akses ke pusat beli-belah dan tempat tumpuan pelancong. Pekerjanya juga memiliki uniform dan profesional. Bilik berkeluasan 30 atau 24 meter persegi. Selain kemudahan bersenam, hotel tiga bintang mempunyai kemudahan restoran yang menyediakan hidangan makan pagi, tengahari dan malam.

Hotel Empat Bintang

Bangunan hotel ini agak besar dan dekat dengan lokasi beli belah, pusat hiburan dan tempat tarikan pelancong. Saiz bilik pula, minimum 50 meter persegi. Tetamu boleh menikmati fasiliti air panas di bilik mandi. Lobi hotel pula minimum 100 meter persegi.

Hotel Lima Bintang

Memandangkan ia adalah hotel yang mementingkan tetamu, jadi pelayan di hotel ini boleh bercakap pelbagai bahasa. Tetamu yang menginap di hotel ini diberikan buah atau minuman selamat datang. Minimum keluasan bilik ialah 100 meter persegi. Tempat tidur dan perabot berkualiti tinggi dan mempunyai kemudahan restoran 24 jam atau makanan yang dihantar ke bilik.

Menyediakan spa dan valet parking.

Tak kisahlah korang nak menginap di hotel mana, asalkan kena dengan poket sendiri. Selamat bercuti.

Sumber: CNN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here