Checklist COVID! Pastikan Barang Ini Ada Dalam Beg Waktu Travel

0
71

Nampaknya kes jangkitan COVID -19 semakin meningkat akhir-akhir ini. Jadi, korang memang kena lakukan penjagaan yang lebih dalam tempoh ini. Macam mana pula dengan travel? Tak ada masalah, korang masih boleh travel namun nasihat kami, pastikan korang mempunyai barang-barang sepanjang masa korang travel.

Apa barang-barang itu? Kami namakan Hygine Kit. Sila baca sampai habis tau.

Beg kecilĀ 

Sediakan beg khas yang berisi alatan menjagaan yang dinasihakatkan oleh Kementerian Kesihatan seperti hand sanitizer, tisu, dan mask. Korang kena berwaspada terutama di tempat yang mempunyai pengunjung yang ramai.

Mask backup

Satu mask sahaja tak cukup, dik oi! Anda disaran untuk memakai mask yang sama empat jam sahaja. Lepas tu, tukarlah kepada mask yang baharu.

Hand sanitizer

Kalau korang bercadang nak travel dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, pastikan semuanya mempunyai hand sanitizer mereka masing-masing. Kalau share takut tak cukup pula bekalan hand sanitizer tu.

Semburan anti bakteria

Ini bagus juga supaya korang boleh sembur dekat permukaan yang selalu disentuh orang macam ganggang pintu. Kalau dekat hotel, selalumya diorang akan sembur anti bakteria secara berkala, jadi tak la risau sangat.

Alat mandian dan makanan

Kalau korang jenis lepak di Airbnb, korang boleh masak sendiri untuk mengelakkan berada di tempat ramai orang. Peralatan pun kami cadangkan korang bawa sendiri. Usahakanlah juga untuk bawa alatan mandi sendiri macam berus gigi, sabun, dan syampu. Elakkan daripada berkongsi. Okay? Selamat mencuba

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here