Pandemik telah membuatkan masyarakat terpaksa berfikir di luar kotak untuk memastikan perniagaan mereka masih boleh menguntungkan. Industri pelancongan adalah yang paling banyak terjejas. Namun, Korea Selatan nampaknya memperkenalkan program virtual sempena Hari Kebangsaan Nasional negara itu.
Program Virtual Tour Anti Depresi COVID itu makan membawa pengunjung ke beberapa tempat terkenal negara itu. Sebuah video berdurasi 1 minit 36 saat itu dimuatnaik menerusi Instagram Kedutaan Besar Republik Korea.
Terdapat 5 tempat yang boleh korang kunjungi dalam video tersebut ditemani penari-penari yang lincah!
Cheong Wa Dae
Ia juga dikenali sebagai Blue House merupakan Istana Presiden Korea Selatan. Apa yang menjadi tarikan pengunjung tentang keunikan bangunan ini tentulah infrastruktur gabungan klasik dan moden dengan bumbung berwarna biru.
Leeum, Samsung Museum of Art
Destinasi seterusnya yang berada di dalam video tersebut ialah muzium Samsung yang merupakan produk keluaran Korea Selatan. Namun, barang pameran dalam muzium tersebut dipenuhi dengan hasil karya seni tradisional dan moden dari seniman terkenal Korea. Ciri binaan bangunan muzium ini pun sangat unik. Banyak juga selebriti yang ambil gambar di sini.
Deoksugung Palace
Tempat seterusnya ialah istana keempat dari lima istana dinasti Jeosan Korea Selatan. Uniknya istana ini ialah ia dikelilingi bangunan moden. Ia juga terkenal kerana mempunyai kompleks istana bertembok di Seoul. Korang boleh tengok suasana istana bermula dari taman hutan, patung Raja Sejong Agung dan Muzium Seni.
Jahamun Tunnel
Ini merupakan salah satu daripada lokasi pengambaraan filem Parasite. Lepas filem itu meletup, ramai juga yang ambil gambar dekat kawasan ini.
Dongdaemun Design Plaza
Tempat ini memang selalunya dikunjungi pada waktu malam. Merupakan landmark yang dibina oleh arkitek dunia, Zaha Hadid. Ia berbentuk spiral berpusing-pusing. Terdapat empat segmen di dalamnya iaitu Art Hall, Muzium Lab Desain dan Oullium Square.