Kalau korang seorang pencinta kopi sejati, korang akan tahu betapa nikmatnya bau kopi. Bagi mendapatkan seduhan kopi yang benar-benar mantap, pemilihan biji kopi sangat penting. Terdapat banyak pula proses yang dilalui untuk mendapatkan biji kopi berkualiti.
Biasanya biji kopi yang mahal ini tak la dijual di kedai-kedai kopi yang biasa kita nampak melainkan korang akan cari tempat tertentu. Biasanya pencinta kopi sejati je yang akan buat macam tu. Jadi, mari kita berkenalan sikit dengan antara kopi termahal di dunia!
Yauco Selecto
Berasal dari pergunungan Puerto Rico, Amerika. Rasanya lembut dengan sedikit rasa almond dan coklat. Harganya boleh mencecah sehingga USD30 untuk 450 gram.
Kona Hawaii
Ditanam di Kona, Big Island, Hawaii. Kopi ini semestinya aset penting bagi masyarakat di sini. Ia juga dilindungi oleh pemerintah di sana. Harganya mencecah USD34 untuk 450 gram.
Mamuta AA
Kenya sebenarnya memang terkenal sebagai negara yang menghasilkan antara biji kopi terbaik di dunia. Mamuta AA ini adalah antara biji kopi termahal di negara itu. Harga mencecah USD40 per 450 gram.
Los Planes
Kopi Finca Los Planes ini memiliki pertanan di El Salvador. Bukan hanya memupunyai kualiti yang baik, bau aroma pun memang mengancam dan kuat. Harga mencecah USD40 per 450 gram.
Starbucks Quadriginoctuple Frap
Kopi ini tak dijual di kafe Starbucks dekat Malaysia tau. Sebabnya, mereka hadkan pengeluaran biji kopi ini. Kopi ini ada 48 campuran antaranya pisang, strawberry, ais krim karamel dan matcha yang memberikan sensasi berbeza kepada pencinta kopi. Harganya USD 27.30 secawan.