Ini 5 Penginapan Ala-ala Rumah Atas Pokok Korang Boleh Cuba!

0
83

Waktu kecil-kecil dulu, mesti korang pernah berangan nak ada rumah atas pokok kan? Kalau kena marah dengan emak, dekat situlah korang nak menangis sambil larikan diri. Ini ada berita baik untuk korang yang rindukan zaman kecil.

Sebenarnya dah banyak hotel di dunia ini yang menawarkan perkhidmatan penginapan bercirikan rumah atas pokok. Jadi bila korang buka tingkap waktu pagi, terus nampak kehijauan alam.

Rumah Pokok Taman Safari Indonesia

Ni terletak dekat dengan zoo. Kawasan ini memang sangat sesuai untuk budak-budak sebab rumah pokok ini tak tinggi sangat dan ada jambatan gantung kecil. Selamat untuk anak korang nak main lari-lari.

 

View this post on Instagram

 

Hey explorer! Kamar kami di Safari Lodge tidak hanya nyaman, tetapi juga menawarkan pengalaman dengan suasana alam yang menanti Anda explorer! Pesan kamar kami sekarang! Info dan reservasi bisa hubungi👇 Wa📲 : 0821 2522 2756 Web 📍 : hotelsafarilodge.com . . #hotel #besthotelinbogor #bogor #hotelbogor #hotelpuncak #bestplace #bestplacestogo#safarilodge #tamansafaribogor #tamansafari #tamansafariindonesia #tsi1bogor #niceview #nature #hotelnature #naturehotel #stayincaravan #caravan #caravanpalace #natureview #konservasi #education #lion #worldlionday #staysafe #stayathome #dirumahaja

A post shared by Safari Lodge TSI Bogor (@tsi_safarilodge) on Sep 20, 2020 at 6:33pm PDT

LIFT
terletak di Ubud Bali, tempat ini berbentuk rumah pokok dua tingkat. Ada juga balkoni di setiap tingkat dengan kolah renang di bawahnya. Rumah pokok ini dilengkapi dengan satu bilik tidur, satu tilam dan satu bilik air.
The Dusun
Terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Lokasi ini menawarkan keindahan pemandangan bukit dan kehijauan alam. Dilengkapi dengan kolam renang dan bilik tidur.
Rainforest Tree House, Kulai
Dibina pada tahun 2014, Rainforest Tree House menyediakan 16 penginapan rumah atas pokok di dalam hutan. Korang boleh bermeditasi, baca buku dan jungle-trekking. Rumah ini pula hanya ada tilam, kelambu dan soket. Memang tempat untuk melatih korang dekat dengan alam.
Fox Hill Tree Top, Langkawi
Kalau korang nak cari tempat yang eksklusif, Foz Hill Tree Top adalah pilihan yang terbaik. Rumah yang bercirikan seni bina rumah tradisional ini mempunyai dua bilik lengkap pendingin hawa dan balkoni. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, peti ais dan dapur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here