Tip Macam Mana Nak Packing Barang Sebelum Travel

0
47

Benda yang penting kalau nak pergi travel bukan hanya print tiket flight sahaja. Cara nak pilih barang apa yang kena bawa, macam mana packing pun penting juga. Janganlah pergi travel dua hari tapi bawa beg bukan main besar macam nak duduk sebulan.

Kemahiran nak packing ini pun penting juga apalagi kalau korang travel cara backpacker. Nanti tak la menyusahkan orang lain nak kena bawa barang korang yang banyak tu.

Pilih beg

Saiz beg yang korang pilih pun bergantung juga kepada jenis travel, jenis tempat dan berapa lama korang akan travel. Katakanlah korang nak travel sebab nak bincang perniagaan. Jadi korang kena bawa juga small sleek bag yang korang boleh letak laptop. Kalau nak travel lama, korang mungkin bawa beg yang lagi besar. Kalau korang jenis suka beli cenderamata sampai tak muat beg. Bawalah satu lagi beg extra yang kecil.

Bawa barang travel size

Sekarang dah banyak orang jual barangan yang memang untuk orang bawa travel dengan saiz yang lebih kecil. Ia tak hanya menjimatkan ruang. Malah membantu korang nak pastikan beg korang tak lebih daripada berat yang ditetapkan.

Ada beberapa lapangan terbang yang menetapkan undang-undang  untuk membawa cecair dalam skala tertentu. Jadi pastikan korang ada ziplock bag untuk cecair seperti losyen atau produk penjagaan muka.

Mix and match

Korang tak perlu bawa semua baju. Pilihkan baju yang warnaya boleh masuk dengan pelbagai warna seluar dan korang hanya perlu mix and match. Kalau korang nak travel ke tempat yang jauh dan nak jimatkan masa untuk bersiap. Carilah jenis kain yang tak payah gosok.

Bawa barang yang boleh digunakan untuk benda lain

Untuk menjimatkan lagi ruang, korang bawa barang yang boleh digunakan sebagai benda lain. Sebagai contoh, korang boleh jadikan scarf sebagai shawl atau selimut. Kasut pula, korang pakailah yang boleh korang sesuaikan dengan semua tempat dan buat korang selesa pada masa yang sama.

Gulung baju

Bila dah pilih baju, korang jangan lipat. Tapi gulung baju korang untuk menjimatkan ruang. Jangan lupa juga bawa satu beg untuk laundry.

Checklist

Lepas itu, korang tengok balik semua senarai barangan korang supaya tak ada yang tercicir atau tertinggal. Penting untuk pastikan perjalanan korang semuanya lancar. Tak nak la pula bila dah dekat tengah jalan, baru sedar beg baju tercicir.

Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here