Lelaki Ini Kongsi Percutian Bercirikan Kampung Menarik Di Perak

0
178

Hujung minggu tak tahu nak buat apa? Bila nak travel waktu kes COVID 19 ini makin meningkat, mestilah kita kena pilih tempat yang tak ramai orang dan selamat. Apalagi kalau kita merancang untuk bercuti bersama-sama keluarga.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook bernama Khir Firdaus berkongsi lokasi paling menarik yang boleh dikunjungi buat anda yang mencintai ketenangan suasana desa.

Berkonsepkan kampung Melayu tradisional, SukaSuka Lake retreat Perak menyediakan kediaman seperti rumah papan seperti dalam filem klasik zaman dahulu. Semuanya cantik, selesa dan bersih. Sangat sesuai untuk anda ambil gambar ala-ala gadis Melayu terakhir dekat tepi tingkap nanti.

Persekitaran kediaman itu juga memang tenteram. Ada pondok kecil dibina mengelilingi tasik. Laman yang luas untuk anda bermain lari-lari atau memanggang BBQ. Cantiknya seperti berada di Bali!

Antara aktiviti lain yang anda boleh lakukan ialah bermain permainan tradisional seperti congkak, takraw, guli dan lain-lain. Bolehlah mengimbau kenangan sewaktu anda kecil-kecil dahulu. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan aktiviti lain seperti kayaking, memancing dan beri makan ikan.

Di sebelah petang pula, anda juga boleh bersantai di hammock yang disediakan sampai melihat keadaan tasik yang saujana mata memandang.

Katanya, tempat ini juga memang menjadi pilihan pelancong dari luar negara. Di sinilah mereka belajar tentang adat dan budaya masyarakat kita. Mungkin ada di antara korang yang berkesempatan ke Perak, bolehlah singgah di SukaSuka Lake ini!

Klik sini untuk lihat video tentang tempat ini!

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here