Macam Filem Jurassic World, Rupanya Ini Di Sarawak Sahaja!

0
94

Jarang betul orang nak jadikan Sarawak sebagai destinasi percutian atau tempat travel. Tapi mesti korang pernah dengar, tempat yang tak ‘disentuh’ orang selalunya akan menjanjikan keindahan luar biasa. Bak kata orang putih ‘hidden gems’.

Baru-baru ini pengguna Instagram bernama @nizarlatif17 ada membuat perkongsian mengenai Padawan: Bengoh Dam atau digelar Jurassic World of Sarawak. Kenapa? Korang tengok sendirilah gambar yang dikongsikan Nizar ini. Punyalah cantik, tak sangka rupanya dekat Sarawak je.

Perjalanan dari Kuching ke Bengoh Dam lebih kurang dalam 50 minit hingga satu jam. Namun Nizar juga mencadangkan agar korang pergi pada hari bukan hujung minggu bagi mengelakkan kesesakkan.

Kemudian korang akan naik bot ke perkampungan orang Bidayuh yang terletak di atas bukit bernama Kampung Sting. Korang kena mendaki dalam 20 minit dan jalan dia agak curam. Mereka juga ada menyediakan homestay bagi sesiapa yang mempunyai hajat ingin bermalam di sana. RM20 sahaja untuk semalam. Suasana cantik, tenang dan akan disajikan dengan pemandangan kawasan empangan.

5 minit menaiki bot dari tempat mula pendakian Kampung Sting. Ditambah pula dengan hiking 30 minit. Korang akan melalu Kena lalu tiga jambatan buluh dan sampai ke Klings Waterfall.

Namun, kemuncak kepada keindahan tempat ini tidak berhenti setakat itu. Anda kena mendaki lagi 20 minit sebelum tiba ke lokasi yang tercantik dipanggil Susung Waterfall.

Kata Nizar, tempat ini sumpah cantik gila macam alam fantasi. Memang lawa pun!

Berikut pula ialah antara tip yang diberikan Nizar jika anda berminat untuk ke Bengoh Dam.

1. Mula hiking dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Boleh bungkus makanan siap-siap atau bawa bekalan secukupnya.
2. Disarankan pakai kasut adidas kampung/paya. Kalau kasut sukan biasa agak licin.
3. Jika pergi pada hujung minggu dan ramai orang, boleh cadangkan kepada tour guide untuk mula hiking di Kg Sting kemudian baru ke air terjun. Dapat elakkan dari kesesakan untuk ambil gambar. (biasanya akan ke air terjun dulu)
4. Tunggu kes covid-19 reda dulu. Buat masa sekarang, nak masuk Sarawak kena kuarantin 14 hari.
Selamat mengembara!
Kredit: Instagram Nizar Latif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here