Cuba teka, passport negara mana dikatakan paling cantik di dunia?

0
177

Sebagai seorang traveller, passport adalah benda yang sangat bermakna. Bukan setakat ia mewakili identiti kita.

Tapi memberikan perasaan bangga dan puas setiap kali tengok cop negara yang kita pernah lawati ada dekat situ. Adalah benda nak tunjuk dekat anak cucu nanti.

Kalau korang nak tahu, baru-baru ini Norway ada memperkenalkan design passport mereka yang baru. Cool juga!

Dalam passport itu, ada ilustrasi pemandangan negara itu yang berubah dari malam ke siang di bawah sinar ultraviolet. Ia direka oleh Neue design yang berpangkalan di Oslo, ibu negara Norway.

Menurut Lonely Planet, passport itu tak hanya cantik malah dilengkapi dengan ciri keselamatan, pengenalan identiti dan mendokumentasikan perjalanan.

Tapi apa yang penting ialah, passport ini menunjukkan hubungan yang sangat erat dengan negara Norway. Nueu menunjukkan ilustrasi landskap dan cuaca di negara itu. Ia termasuklah tempat pelancongan, pemandangan dan peristiwa bersejarah bagi rakyat Norway.

Proses nak pilih peristiwa yang boleh menyatukan rakyat negara itu yang berbeza umur juga bukanlah semerono sahaja. Tapi, alam semulajadi selalu dapat menyatukan mereka dan merupakan simbolik bagi masyarakat negara itu.

Agak-agak kalau passport kita nak diperbaharui, gambar apa yang akan dipilih?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here